Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
11,272 premis di Semporna diperiksa: KPDN
Published on: Wednesday, January 14, 2026
Published on: Wed, Jan 14, 2026
By: Ibrahim Tabir
Text Size:
Text:
11,272 premis di Semporna diperiksa: KPDN
SATUNLUCY mengetuai pemeriksaan di Semporna.
SEMPORNA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di sini melaksanakan 11,272 pemeriksaan ke atas premis perniagaan di Semporna dan Kunak sepanjang tahun lalu.

Ketua Cawangan KPDN Semporna Satunlucy Lamioh @ Lamidah berkata jumlah itu menunjukkan peningkatan ketara berbanding 5,062 pemeriksaan bagi tempoh sama pada 2024.

Advertisement
Pemeriksaan berkenaan dilaksanakan menerusi beberapa operasi penguatkuasaan termasuk Ops Tiris, Ops Ria dan Ops Kesan 4.0 serta operasi bersepadu bersama agensi lain, yang merekodkan 159 tindakan kes di bawah pelbagai akta dengan nilai rampasan berjumlah RM1,327,085.65.

“Daripada keseluruhan tindakan penguatkuasaan itu, kompaun berjumlah RM72,900 dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan manakala 13 kes telah dituduh di mahkamah sepanjang 2025,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Satunlucy menambah KPDN Semporna turut menerima 85 aduan pengguna dengan kesemuanya berjaya diselesaikan.

Katanya semua aktiviti penguatkuasaan dan pemeriksaan dilaksanakan oleh 14 pegawai penguatkuasa KPDN Semporna bagi memastikan keberadaan bekalan barangan keperluan serta aktiviti perniagaan dijalankan selaras dengan perundangan yang dikuatkuasakan kementerian.

Advertisement
Aktiviti itu turut bertujuan bagi melindungi kepentingan pengguna dan membanteras ketirisan barangan kawalan bersubsidi.

Beliau merakamkan penghargaan kepada rakan strategik KPDN termasuk polis, Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Polis Marin (PPM) serta pihak berkuasa tempatan atas kerjasama erat itu dalam membantu kementerian membanteras ketirisan barangan kawalan khususnya di sempadan perairan negara.

Advertisement
“Kerjasama berterusan ini penting bagi memastikan subsidi kerajaan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggalakkan masyarakat tempatan untuk menjadi mata dan telinga kementerian dengan menyalurkan maklumat berkaitan peniaga tidak beretika atau sebarang pelanggaran undang-undang bagi membantu pengawalseliaan barangan kawalan bersubsidi.

Sebarang aduan boleh disalurkan melalui saluran rasmi KPDN iaitu WhatsApp 019-2794317 atau 019-848 8000, portal eAduan KPDN, Call Centre 1-800-886 800 dan emel eaduan@kpdn.gov.my.

Aduan juga boleh dibuat menerusi aplikasi Ez ADU KPDN, Pusat Arahan Penguatkuasaan di 03-8882 6088 atau 03-88826245 serta melalui surat rasmi ke pejabat KPDN terdekat.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here