Thu, 26 Mar 2026
Headlines:
Lelaki didakwa simpan motosikal curi
Published on: Thursday, January 08, 2026
Published on: Thu, Jan 08, 2026
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Lelaki didakwa simpan motosikal curi
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara enam bulan hingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret pada Rabu atas pertuduhan menyimpan sebuah motosikal curi.

Hussin Gedafi, 19, mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Marilyn Kelvin atas pertuduhan menyimpan sebuah motosikal Modenas Kriss yang dilaporkan milik Yusuf Abdullah pada 1 Januari, kira-kira jam 5.10 petang di kawasan zon bebas di belakang sebuah restoran makanan laut di Jalan Pusat Perniagaan Putatan.

Advertisement
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara enam bulan hingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 9 Mac bagi pengurusan kes pra-bicara dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,800 dengan dua penjamin. Hussin turut diperintahkan melapor diri kepada pegawai penyiasat sebulan sekali.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Dalam perkembangan lain seorang wanita didenda RM100 atau dipenjara tiga hari kerana gagal memberikan penjelasan memuaskan berhubung kemasukan wang tunai ke dalam akaun banknya.

Kartini Ahmad, 40, mengaku bersalah memiliki wang RM2,000 milik Liow Cheng Wee dalam akaun CIMB Bank miliknya yang gagal dijelaskan secara memuaskan pada 18 Jun 2024 kira-kira jam 2.38 petang.

Advertisement
Beliau didakwa mengikut Seksyen 22A(1) Ordinan Kesalahan-Kesalahan Kecil (Sabah Cap 80) yang memperuntukan hukuman maksimum denda RM100 atau penjara sehingga tiga bulan atau kedua-duanya.

Mahkamah dimaklumkan bahawa pengadu telah memindahkan RM2,000 ke akaun atas nama Kartini selepas melihat iklan penjualan sebuah iPad di Facebook. Namun penjual berkenaan rupa-rupanya seorang penipu dan pengadu tidak menerima iPad tersebut malah nombor telefonnya turut disekat.

Advertisement
Tidak diwakili peguam Kartini memohon denda diringankan dengan alasan beliau berasal dari Selangor dan menjaga suaminya yang kurang upaya. Pihak pendakwaan bagaimanapun memohon hukuman berbentuk pencegahan.

Dalam kes berasingan seramai 12 individu dikenakan hukuman kerana mengambil dadah.

Ahmad Danial, Al Sabri Abdul, Herman Barat, Markus Naku, Analisa Jafar, Norly Kadir, Chang Khun Ping, Rosli Matarol, Azhairul Abdul, Mamai Ibnu, Syukri Izudin dan Adrian Jeterin mengaku bersalah secara berasingan atas kesalahan di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya.

Pertuduhan tersebut memperuntukan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun jika sabit kesalahan.

Ahmad Danial dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan manakala Al Sabri, Herman, Mamai dan Syukri masing-masing dipenjara lapan bulan.

Analisa, Rosli dan Azhairul dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan setiap seorang, Markus, Norly dan Adrian masing-masing enam bulan penjara manakala Chang didenda RM1,800 atau enam bulan penjara jika gagal membayar denda.

Mahkamah turut memerintahkan Al Sabri, Herman, Analisa, Rosli dan Mamai dirujuk kepada Jabatan Imigresen selepas tamat tempoh hukuman penjara mereka.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here