Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
BESS Lahad Datu dilancar, terbesar di Asean: Hajiji
Published on: Saturday, December 13, 2025
Published on: Sat, Dec 13, 2025
By: Crystal E Hermenegildus
Text Size:
Text:
BESS Lahad Datu dilancar, terbesar di Asean: Hajiji
Hajiji berkata selain BESS, beberapa langkah strategik turut dirancang dan sebahagiannya telah dilaksanakan di bawah Pelan Induk dan Pelan Jalan Tenaga Sabah 2040 (SE RAMP 2040), yang menjadi panduan utama hala tuju tenaga Sabah berasaskan tiga prinsip: keselamatan tenaga, kemampuan kos dan kelestarian alam sekitar.
Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri melancarkan Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri (BESS) di Lahad Datu bagi mengurangkan gangguan bekalan elektrik di Pantai Timur serta menambah baik kualiti hidup penduduk di kawasan berkenaan.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata pelancaran itu, di bawah penyeliaan Sabah Electricity (SE), adalah sebahagian komitmen Kerajaan Negeri memastikan bekalan elektrik yang stabil, mencukupi dan mampu milik.

Advertisement
“Ia merupakan pencapaian penting bagi Sabah kerana BESS Lahad Datu adalah fasiliti penyimpanan tenaga terbesar bukan sahaja di negara ini tetapi juga di Asia Tenggara, direka untuk meningkatkan kestabilan grid, mengurangkan kebergantungan kepada diesel dan menyokong integrasi tenaga boleh diperbaharui di negeri ini,” katanya pada majlis pelancaran yang disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Musa Aman di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Jumaat.

Ucapan Hajiji disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya dan Utiliti, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Hajiji berkata selain BESS, beberapa langkah strategik turut dirancang dan sebahagiannya telah dilaksanakan di bawah Pelan Induk dan Pelan Jalan Tenaga Sabah 2040 (SE RAMP 2040), yang menjadi panduan utama hala tuju tenaga Sabah berasaskan tiga prinsip: keselamatan tenaga, kemampuan kos dan kelestarian alam sekitar.

“Semua inisiatif ini penting dalam memastikan kemajuan sosioekonomi serta kesejahteraan rakyat di seluruh negeri,” katanya.

Advertisement
Beliau berkata peralihan kuasa pengawalseliaan bekalan elektrik dan tenaga boleh diperbaharui daripada Kerajaan Persekutuan kepada Sabah pada Januari 2024 membolehkan negeri merangka dasar serta peraturannya sendiri dan mempercepat pelaksanaan projek tenaga mengikut keperluan tempatan di bawah seliaan Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS).

Kerajaan Negeri juga telah meluluskan hampir 1,000 megawatt (MW) kapasiti baharu daripada pelbagai sumber, termasuk hidro, solar dan angin.

Advertisement
Bagi meningkatkan lagi penjanaan tenaga negeri, ECoS melancarkan bidaan Solar Berskala Besar (LSS) pada 2024 bagi pembangunan loji tenaga solar berkapasiti 1 MWac hingga 15 MWac. 

Melalui bidaan itu, 15 projek dengan jumlah kapasiti 199MW — 113MW di Pantai Barat dan 86MW di Pantai Timur — telah diluluskan.

“Dengan projek sedia ada termasuk yang sedang dilaksanakan, kapasiti LSS di Sabah dijangka melebihi 350MW menjelang 2027, iaitu bersamaan 23 peratus daripada campuran keseluruhan kapasiti penjanaan elektrik negeri,” katanya.

Satu lagi projek Solar Fotovolta Skala Besar (LSSPV) di Kota Marudu yang dijangka siap pada 2026 bakal meningkatkan kapasiti tenaga Sabah.

Hajiji berkata teknologi penyimpanan tenaga juga perlu diperkenalkan di beberapa lokasi strategik bagi mengurangkan gangguan bekalan dan menyokong integrasi tenaga boleh diperbaharui dalam grid utama.

Sabah Electricity bekerjasama dengan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) melaksanakan pelbagai inisiatif, termasuk Pelan Hala Tuju Elektrifikasi Tenaga Boleh Diperbaharui Sabah (SabahRE2) bagi memperluas akses elektrik di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Hajiji turut merakamkan tahniah kepada Sabah Electricity atas kejayaan meraih beberapa anugerah dalam Anugerah Pengurusan Projek (PMA) 2025 di Kuala Lumpur, mengiktiraf impak besar projek BESS dalam sektor utiliti dan tenaga.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here