Mon, 6 Apr 2026
Headlines:
Keadaan jejantas berhampiran SK Pekan Lahad Datu membimbangkan
Published on: Tuesday, March 17, 2026
Published on: Tue, Mar 17, 2026
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
Keadaan jejantas berhampiran SK Pekan Lahad Datu membimbangkan
KEADAAN jejantas yang boleh membahayakan murid-murid.
LAHAD DATU: Keadaan jejantas di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Lahad Datu yang didakwa semakin uzur menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa serta pihak sekolah kerana dikhuatiri boleh mengancam keselamatan murid.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Pekan Lahad Datu, Mohd Yassin Hapas berkata hasil pemerhatian mendapati struktur jejantas tersebut menunjukkan tanda-tanda kerosakan yang serius.

Advertisement
Katanya, antara kerosakan yang dikenal pasti termasuk bahagian besi yang berkarat, lubang pada tangga dan lantai laluan, selain terdapat kabel yang melalui serta melekat pada tangga sehingga boleh mengganggu laluan pejalan kaki.

“Di bahagian tepi jejantas juga terdapat ruang lubang yang boleh mengundang risiko kepada murid-murid sekiranya mereka terpijak atau memanjat bahagian yang sudah rapuh,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata pihak sekolah bersama PIBG telah pun membuat laporan kepada Pejabat Daerah bagi memaklumkan keadaan jejantas berkenaan, namun sehingga kini belum ada tindakan pembaikan atau penyelenggaraan dilaksanakan.

Mohd Yassin berkata keselamatan murid yang menggunakan jejantas itu setiap hari perlu diberi perhatian serius bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Advertisement
“Kita tidak mahu menunggu sehingga berlaku kemalangan barulah tindakan diambil.

“Keselamatan anak-anak yang melalui kawasan ini setiap hari seharusnya menjadi keutamaan,” katanya.

Advertisement
Sehubungan itu beliau berharap pihak yang bertanggungjawab dapat memberi perhatian segera terhadap isu tersebut dengan menjalankan pemeriksaan serta kerja pembaikan bagi memastikan keselamatan murid dan orang awam sentiasa terjamin.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here