Thu, 26 Mar 2026
Headlines:
Syarikat pelancongan diarah bayar pampasan berkaitan pakej haji
Published on: Thursday, December 11, 2025
Published on: Thu, Dec 11, 2025
By: Crystal E Hermenegildus
Text Size:
Text:
Syarikat pelancongan diarah bayar pampasan berkaitan pakej haji
Syarikat pelancongan diarah bayar pampasan berkaitan pakej haji
Kota Kinabalu: Tribunal Tuntutan Pengguna pada Rabu mengarahkan sebuah syarikat pelancongan membayar pampasan sebanyak RM30,000 kepada seorang lelaki selepas mendapati syarikat itu telah mengelirukan beliau berhubung pakej haji bagi tahun 2025.

Presiden Tribunal Salmi Zalinah Abdul Rahim berkata tindakan responden didapati sebagai satu perbuatan representasi mengelirukan dan palsu yang akhirnya menyebabkan penuntut gagal menunaikan ibadah haji.

Advertisement
Keputusan itu dibuat selepas beliau meneliti kenyataan saksi, gambar, perbualan WhatsApp serta dokumen sokongan yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak.

Mengikut fakta kes penuntut Azrie Salfie menghadiri satu taklimat yang dikendalikan oleh pengarah Shahid Travel & Tours Sdn Bhd selaku responden pada 10 Januari 2025 di mana beliau memutuskan untuk membeli pakej Haji standard berharga RM59,900 seorang.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Beliau dimaklumkan bahawa Visa Mujammalah akan menelan kos tambahan antara RM20,000 hingga RM25,000 sekiranya jemaah memilih untuk memohonnya.

Bagaimanapun responden meyakinkan beliau bahawa Visa Mujammalah tidak diperlukan kerana syarikat itu kononya mampu mendapatkan visa haji rasmi melalui Kedutaan Arab Saudi seperti yang didakwa pernah dilakukan pada tahun-tahun sebelumnya. 

Advertisement
Penuntut kemudianya diarahkan membayar tambahan RM4,000 sebelum bertolak ke Kuala Lumpur.

Setibanya di sana penuntut dan jemaah lain dimaklumkan bahawa semua urusan visa hanya akan diberikan apabila mereka tiba di Jeddah namun sebaik tiba mereka mendapati tidak menerima sebarang visa haji atau pas pengenalan menyebabkan mereka gagal menunaikan ibadah haji.

Advertisement
Tribunal mendapati responden gagal membuktikan bahawa pihaknya telah memaklumkan kepada jemaah bahawa mereka akan menggunakan visa pelancong dan bukanya visa haji rasmi.

Tribunal juga mengambil maklum bahawa risalah promosi responden jelas mengiklankan pakej haji selain dakwaan syarikat berkenaan mengenai sekatan kemasukan secara mengejut oleh pihak berkuasa Arab Saudi pada tahun 2025 adalah tidak benar.

Perkara itu bercanggah dengan nasihat rasmi Kedutaan Malaysia yang dikeluarkan pada 20 Mei 2024 yang mengingatkan rakyat Malaysia supaya memastikan mereka memiliki visa haji yang sah sebelum ke Tanah Suci.

Salmi memutuskan bahawa tindakan responden melanggar Seksyen 9(b) serta Seksyen 10(1)(c) dan (e) Akta Perlindungan Pengguna 1999 yang melarang perbuatan mengelirukan serta representasi palsu berkaitan perkhidmatan.

Sehubungan itu responden diarahkan membayar RM30,000 kepada penuntut dalam tempoh 14 hari.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here