Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
ECoS keluar notis larangan kepada 10 premis tanpa SSL
Published on: Tuesday, December 09, 2025
Published on: Tue, Dec 09, 2025
Text Size:
Text:
ECoS keluar notis larangan kepada 10 premis tanpa SSL
Kota Kinabalu: Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) telah mengeluarkan notis larangan kepada 10 premis di sekitar pusat bandaraya kerana menjual kelengkapan elektrik pengguna dan perkakas gas dalam senarai terkawal tanpa Label Keselamatan Sirim (SSL).

Operasi penguatkuasaan itu dijalankan bagi memastikan hanya kelengkapan elektrik pengguna dan perkakas gas yang telah diuji selamat serta dilabelkan dengan SSL dibenarkan dijual di pasaran, selaras dengan kehendak Peraturan 107, Peraturan-Peraturan Bekalan Elektrik 2024, dan Peraturan 117, Peraturan-Peraturan Bekalan Gas 2023.

Advertisement
Ketua Pegawai Eksekutif ECoS, Datuk Ir Abdul Nasser Abdul Wahid berkata pemeriksaan mendapati premis-premis tersebut menjalankan aktiviti penjualan kelengkapan   elektrik   pengguna   dan   perkakas   gas   yang   tidak   mempunyai   SSL.

“Semua premis berkenaan diberikan notis larangan dan diarahkan untuk menarik balik semua produk terbabit daripada jualan dalam tempoh 14 hari, di mana kegagalan mematuhi arahan ini boleh mengakibatkan tindakan perundangan diambil, termasuk penyitaan barangan,” katanya dalam kenyataan, Isnin.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Beliau menekankan bahawa premis yang gagal menarik balik penjualan kelengkapan elektrik pengguna tanpa SSL, jika disabitkan kesalahan, boleh didenda sehingga RM20,000 atau dipenjarakan sehingga dua tahun, atau kedua-duanya, selaras dengan Peraturan 134, Peraturan-Peraturan Bekalan Elektrik 2024.

Bagi premis yang gagal menarik balik penjualan perkakas gas tanpa SSL, pesalah boleh dikenakan denda sehingga RM500,000, dan bagi kesalahan yang berterusan,  denda  tambahan  boleh  dikenakan  bagi  setiap  hari  kesalahan  tersebut berterusan selepas sabitan, selaras dengan Subseksyen 62(1) & (2), Enakmen Bekalan Gas 2023.

Advertisement
Nasser turut mengingatkan pengguna supaya memilih produk elektrik dan perkakas gas yang mempunyai SSL kerana ia menjamin produk tersebut telah diuji oleh makmal pengujian bertauliah serta memenuhi piawaian keselamatan yang ditetapkan.

Beliau berkata pemilihan produk yang mematuhi piawaian dapat mengurangkan risiko berlakunya litar pintas, renjatan elektrik serta bahaya lain yang boleh mengakibatkan kecederaan, kematian, kebakaran atau kerosakan harta benda.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here