Thu, 26 Mar 2026
Headlines:
Dadah: Dua ditahan di Lahad Datu
Published on: Monday, December 08, 2025
Published on: Mon, Dec 08, 2025
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
Dadah: Dua ditahan di Lahad Datu
PONDOK dipercayai digunakan untuk menjalankan aktiviti pengedaran dadah diserbu oleh polis. 
LAHAD DATU: Polis menahan dua lelaki yang disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah di sebuah ladang di Jalan Lahad Datu-Kunak, di sini, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah ACP Dzulbaharin Ismail berkata suspek ditahan susulan serbuan pada jam 1 tengah hari ke atas sebuah pondok yang dipercayai dijadikan lokasi pengedaran dadah.

Advertisement
“Semasa serbuan, kedua-dua lelaki itu cuba melarikan diri namun berjaya ditahan oleh pasukan serbuan.

“Hasil pemeriksaan menemukan enam paket plastik lutsinar mengandungi syabu seberat 57.01 gram, peralatan yang diubah suai untuk menghisap dadah serta sebilah gunting di dalam beg silang hitam yang dibawa salah seorang suspek.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Pemeriksaan ke atas seorang lagi suspek tidak menemui barang salah namun ujian air kencing mendapati dia positif mengambil Amphetamine dan Methamphetamine,” katanya.

Menurut Dzulbaharin, rampasan itu dianggarkan bernilai RM6,271.10. Sebuah motosikal Yamaha LC135 turut disita dalam operasi itu.

Advertisement
Kedua-dua suspek berusia 25 dan 36 tahun itu tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah dan bekerja sebagai buruh.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here