KIULU: Kiulu bakal menyaksikan pembaharuan dalam pendekatan kepimpinan apabila peranan belia dan wanita diperkasakan khususnya dalam proses pembuatan keputusan serta pengurusan program-program komuniti.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kiulu Datuk Joniston Bangkuai berkata langkah berkenaan penting bagi memastikan pendekatan kepimpinan di Kiulu terus selari dengan keperluan semasa terutama dalam konteks pembangunan luar bandar yang memerlukan idea segar dan tenaga kerja baharu.
Menurutnya penyertaan generasi muda dan wanita adalah keperluan strategik untuk memperkukuh tadbir urus serta memastikan program yang dilaksanakan benar-benar mengambil kira keperluan masyarakat.
“Belia dan wanita kini mempunyai kapasiti, kemahiran dan perspektif yang diperlukan untuk mentadbir komuniti.






