Mon, 6 Apr 2026
Headlines:
Bantu kesan waris mayat wanita ditemukan terapung 
Published on: Wednesday, March 11, 2026
Published on: Wed, Mar 11, 2026
By: Sisca Humphrey
Text Size:
Text:
Bantu kesan waris mayat wanita ditemukan terapung 
Kota Kinabalu: Polis sedang mendapatkan bantuan orang ramai bagi mengesan waris terdekat seorang wanita (gambar) yang mayatnya ditemukan terapung di perairan berhampiran Kampung Kesuapan, Pulau Gaya.

Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu (IPD KK) memaklumkan siasatan awal mendapati pihak polis menerima maklumat mengenai penemuan itu daripada seorang ketua kampung kira-kira jam 4 petang.

Advertisement
Bertindak atas laporan, polis datang ke lokasi bagi menjalankan pemeriksaan sebelum mayat berkenaan berjaya dibawa naik dari air.

Mayat itu kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth I di sini untuk tindakan lanjut sementara pihak berkuasa menunggu ahli keluarga tampil bagi tujuan pengecaman.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Polis menyeru mana-mana ahli keluarga atau individu yang mengenali gemulah supaya menghubungi IPD KK di 088-529222 atau balai polis berhampiran bagi membantu proses pengecaman dan urusan seterusnya.

Pihak berkuasa turut merakamkan penghargaan atas kerjasama dan keprihatinan orang ramai dalam membantu menyebarkan maklumat bagi mengesan waris mangsa.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here