Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Penggiat seni gembira kementerian ekonomi kreatif diwujudkan
Published on: Wednesday, December 03, 2025
Published on: Wed, Dec 03, 2025
By: Kazalinah Kamaludin
Text Size:
Text:
Penggiat seni gembira kementerian ekonomi kreatif diwujudkan
ROMBONGAN Safva ketika bertemu Nizam pada Ogos lalu.
PEWUJUDAN sebuah kementerian khusus bagi menguruskan pembangunan ekonomi kreatif pada Isnin disifatkan sebagai berita gembira buat penggiat seni kreatif di negeri ini.

Presiden Persatuan Filem dan Visual Sabah (Safva) Chester Pang berkata kementerian baharu yang dinamakan Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif itu mampu memacu industri berkenaan ke tahap lebih tinggi.

Advertisement
“Kami di Safva amat berterima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor atas pewujudan kementerian ini.

“Ini sekali gus menjawab suara dan kegusaran Safva serta penggiat seni kreatif lain berhubung kelangsungan industri ini di Sabah.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Dengan adanya kementerian ini industri kreatif kita boleh menyusun strategi bagi memajukan sektor ini sebagai salah satu sumber pendapatan tambahan kepada negeri,” katanya kepada Hiburan Ekspres.

Pada Isnin, Hajiji mengumumkan barisan Jemaah Menteri yang dibentuk pasca Pilihan Raya Negeri.

Advertisement
Pengumuman itu turut menyaksikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Apas Datuk Nizam Abu Bakar Titingan dilantik sebagai Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif.

Chester berkata penggiat seni di negeri ini sudah lama berjuang untuk menuntut pewujudan sebuah kementerian khusus bagi industri kreatif Sabah.

Advertisement
“Secara rasmi, usaha ini bermula sejak 2016 melalui gabungan penggiat kreatif terdahulu di IDS (Institut Kajian Pembangunan Sabah).

“Pada 2018, KKFVA (nama lama Safva) juga pernah menghantar cadangan sama kepada Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar ketika itu.

“Pada Ogos tahun ini, Safva telah berjumpa dengan Datuk Nizam dan pertemuan itu turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri ketika itu Datuk Ceasar

Mandela Malakun bagi menyuarakan hasrat serta suara penggiat seni Sabah berhubung perkara ini.

“Kami cukup gembira kerana akhirnya maklum balas dan suara kami diterima baik oleh kerajaan baharu,” katanya.

Beliau turut menyatakan keyakinan terhadap kemampuan Nizam dalam menggerakkan kementerian terbabit demi manfaat penggiat seni kreatif di Sabah.

“Safva percaya kepada kemampuan Menteri Datuk Nizam yang begitu rapat dan mesra dengan penggiat industri kreatif.

“Sebagai permulaan kami berharap pegawai-pegawai yang bakal bertugas kelak terdiri daripada mereka yang benar-benar memahami industri ini.

“Langkah seterusnya kita akan berbincang dengan agensi-agensi di persekutuan untuk menyelaraskan objektif.

“Safva juga akan sentiasa membuka pintu kepada kementerian untuk bersama-sama menyumbang tenaga dan idea demi memastikan kejayaan industri kreatif Sabah.

“Kita perlu mempercepatkan pembangunan industri dan bergerak seiring dengan rakan-rakan kita di Semenanjung,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Komposer, Penulis Lirik dan Artis Nasyid Sabah (Kopan) Nazri Saidali berharap kewujudan kementerian terbabit akan menjadikan ekosistem industri kreatif di negeri ini lebih tersusun.

“Selama ini ramai artis dan kumpulan nasyid di Sabah berjuang secara berdikari dengan sumber yang terhad tetapi bersemangat tinggi.

“Dengan penglibatan kementerian kami berharap dapat melihat platform pembangunan bakat anak muda melalui penganjuran bengkel, penubuhan akademi seni dan sokongan dari segi produksi.

“Kedua, diharapkan ini dapat diterjemahkan kepada penyediaan dana serta insentif produksi untuk muzik, filem dan kandungan digital agar karya tempatan lebih berdaya saing.

“Ketiga, kami berharap ia dapat membuka lebih banyak ruang persembahan yang benar-benar menyokong artis tempatan di negeri ini, sekali gus mengangkat martabat industri nasyid Sabah ke tahap yang lebih baik,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here