Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Pilih parti dengan prestasi cemerlang: Ketua Menteri
Published on: Wednesday, November 26, 2025
Published on: Wed, Nov 26, 2025
Text Size:
Text:
Pilih parti dengan prestasi cemerlang: Ketua Menteri
HAJIJI beramah mesra dengan komuniti Matunggong di Dewan Terbuka Matunggong, Kudat.
KUDAT: Ketua Menteri sementara merangkap Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Hajiji Noor mengingatkan rakyat agar berfikir dua kali sebelum mengundi parti yang didakwanya gagal mentadbir negeri itu.

Sebaliknya, beliau berkata, rakyat wajar memilih kerajaan GRS yang menurutnya telah membuktikan prestasi baik serta kemampuan mentadbir Sabah sepanjang lima tahun lalu.

Advertisement
“Kerajaan GRS telah melaksanakan pelbagai inisiatif dan program serta memperkukuh pembangunan ekonomi, termasuk kutipan hasil dan rizab negeri. 

“Ini pencapaian yang patut dibanggakan rakyat. Selepas pilihan raya ini, kita mahu membawa Sabah ke tahap seterusnya supaya setanding negeri lain.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Kita bukan bercakap kosong seperti pembangkang yang suka menyebar fitnah dan retorik yang akhirnya kosong,” katanya pada program kempen GRS Rumah Kita, Kita Jaga bagi DUN Banggi dan Tanjong Kapor di Dataran Tomborungus, di sini, Selasa.

Turut hadir calon GRS bagi Banggi, Datuk Mohammad Mohamarin, dan calon Tanjong Kapor, Datuk Chong Chen Bin. Hajiji berkata beliau berkeyakinan terhadap kedua-dua calon itu kerana mereka mempunyai visi tersendiri untuk membangunkan kawasan masing-masing, khususnya dalam bidang pendidikan dan infrastruktur.

Advertisement
“Mereka merancang demi kepentingan rakyat dan inilah pemimpin yang kita mahu berkhidmat, pemimpin yang ada visi dan matlamat,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa dalam tempoh lima tahun ini, kerajaan telah membangunkan ekonomi, menarik pelabur dan mewujudkan taman perindustrian baharu di Kudat, iaitu Taman Perindustrian Ekonomi Biru.

Advertisement
“Ini kerajaan yang membawa pelbagai manfaat kepada rakyat. Dahulu kita tidak mendengar perancangan seperti ini, hanya kerajaan GRS yang berfikir jauh ke hadapan.

“Jika semua perancangan ini, termasuk taman perindustrian ini, dapat dilaksanakan di Kudat, penduduk daerah ini pasti menikmati manfaatnya, termasuk peluang pekerjaan,” katanya.

Hajiji sekali lagi mengingatkan rakyat agar tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan parti atau pemimpin yang menuduh kerajaan GRS gagal.

“Realitinya, merekalah yang gagal. Ada antara mereka pernah menjadi Ketua Menteri, Menteri Pembangunan Luar Bandar Persekutuan dan Menteri Kerja Raya Sabah. Namun masalah bekalan air, elektrik dan jalan luar bandar masih tidak selesai.

“Mereka dakwa Kerajaan Negeri gagal, tetapi sebenarnya kegagalan itu datang daripada mereka. Berikan kerajaan GRS lima tahun lagi. Lebih banyak pembangunan dapat dibawa jika mandat rakyat diteruskan,” katanya.

Kemudiannya, pada ceramah mega di Dewan Terbuka Matunggong, Hajiji berharap pengundi di Matunggong membuat pilihan tepat dengan menyokong calon GRS, Datuk Julita Mojungki.

“Di Matunggong, ramai calon bertanding, namun rekod Julita sebagai wakil rakyat dan Pembantu Menteri memuaskan dan telah membawa kemajuan kepada Matunggong,” katanya.

Hajiji turut menghadiri program GRS Rumah Kita, Kita Jaga bagi DUN Bandau di PDM Bongon, Pekan Lama, Kota Marudu pada hari yang sama.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here