Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Inkues kes kematian Zara tetap diteruskan
Published on: Tuesday, November 25, 2025
Published on: Tue, Nov 25, 2025
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Inkues kes kematian Zara tetap diteruskan
Kota Kinabalu: Pasukan peguam yang mewakili Noraidah Lamat, ibu kepada Allahyarham Zara Qairina Mahathir menegaskan bahawa keluarga itu tidak terlibat dengan tindakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang cuba menghentikan inkues yang sedang berlangsung melalui permohonan Semakan Kehakiman (Judicial Review, JR).

Dalam satu kenyataan pada Isnin pasukan berkenaan berkata mereka masih belum menerima salinan rasmi permohonan JR tersebut dan mengesahkan bahawa inkues akan diteruskan mengikut prosedur Mahkamah Koroner seperti dijadualkan.

Advertisement
Mereka menekankan bahawa Noraidah tidak pernah memberi kebenaran atau arahan kepada mana-mana individu atau organisasi untuk memfailkan permohonan berkaitan prosiding itu dan menyatakan bahawa sebarang tindakan sedemikian tanpa mandat keluarga “tidak mencerminkan pendirian keluarga dan tidak selaras dengan kepentingan mereka.”

Pasukan peguam itu juga mengingatkan orang ramai bahawa inkues bukanlah menangguhkan keadilan untuk Zara.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Sebaliknya mereka berkata prosiding ini amat penting dalam menetapkan fakta-fakta utama sebelum perbicaraan jenayah kanak-kanak bermula pada 8 Disember.

Antara isu yang telah dijelaskan semasa inkues ialah:
  1. Kejadian pada malam 15 Julai termasuk keadaan emosi Zara sebelum dan selepas beliau dipanggil oleh pelajar senior.
  2. Perkara berkaitan diari Zara termasuk pembacaan, penyalinan, pengimbasan dan perkongsian kandungannya serta ketiadaan warden bertugas pada malam tersebut.
  3. Keterangan bahawa loker Zara telah diperiksa untuk spot-check tanpa kehadiranya.

Advertisement
Menurut kenyataan itu isu-isu ini dan penemuan lain telah dikumpulkan dalam laporan inkues terperinci yang diserahkan sebelum prosiding Mahkamah Kanak-kanak yang akan datang.

Pasukan peguam berkata mereka akan terus memantau perkembangan bagi memastikan inkues dijalankan secara profesional dan tanpa sebarang gangguan.

Advertisement
Dilaporkan bahawa pada 21 November NGO tersebut telah memfailkan permohonan Semakan Kehakiman bagi membatalkan inkues yang sedang berlangsung.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here