Wed, 1 Apr 2026
Headlines:
12,279 pegawai, anggota PDRM bebas pilih calon
Published on: Wednesday, November 19, 2025
Published on: Wed, Nov 19, 2025
By: Amir Anuar
Text Size:
Text:
12,279 pegawai, anggota PDRM bebas pilih calon
Khalid berkata panduan yang diberikan hanyalah berkaitan pertimbangan umum seperti kestabilan politik dan kepentingan ekonomi, manakala keputusan akhir terletak sepenuhnya di tangan setiap pengundi.
Kota Kinabalu: Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, memberi jaminan bahawa semua 12,279 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang layak mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 bebas memilih mana-mana calon atau parti tanpa tekanan atau arahan.

Beliau menegaskan kepimpinan polis tidak mengeluarkan sebarang arahan yang boleh mempengaruhi kecenderungan undi, sambil menekankan setiap anggota mempunyai kebebasan demokratik sepenuhnya.

Advertisement
“Tiada arahan daripada saya atau mana-mana pegawai atasan. Terpulang sepenuhnya kepada pegawai dan anggota kita. Saya percaya mereka cukup matang untuk melaksanakan tanggungjawab mengundi dengan berhemah,” katanya selepas merasmikan Program Perjumpaan Khas KPN Bersama Petugas PDRM Sempena PRN17 di Dewan Sri Tawau di Jalan Sin On, di sini pada Selasa.

Khalid berkata panduan yang diberikan hanyalah berkaitan pertimbangan umum seperti kestabilan politik dan kepentingan ekonomi, manakala keputusan akhir terletak sepenuhnya di tangan setiap pengundi.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Beliau berkata kira-kira 9,200 anggota PDRM, termasuk sokongan kontinjen dari Semenanjung, sedang menjalankan tugas keselamatan di seluruh negeri dan keadaan setakat ini stabil.

Mengenai 15 kawasan panas yang dikenal pasti, Khalid berkata pemantauan rapi sedang dijalankan berdasarkan pola pilihan raya lalu. Bagaimanapun, semua lokasi berada dalam keadaan tenang tanpa sebarang gangguan besar dilaporkan.

Advertisement
Beliau menambah rakyat Sabah tidak perlu bimbang mengenai dakwaan “pengundi hantu,” kerana Suruhanjaya Pilihan Raya menguruskan proses dengan baik dan polis tidak menerima laporan berkaitan dakwaan sedemikian.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here