Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Warga asing bebas tuduhan edar syabu
Published on: Thursday, March 12, 2026
Published on: Thu, Mar 12, 2026
By: Mardinah Jikur
Text Size:
Text:
Warga asing bebas tuduhan edar syabu
Haser didakwa di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sebatan sekurang-kurangnya 15 kali jika sabit kesalahan.
SANDAKAN: Seorang warga Filipina berusia 35 tahun dibebaskan daripada pertuduhan mengedar 103.78 gram syabu dua tahun lalu tanpa perlu membela diri. 

Hakim Mahkamah Tinggi Saiful Azian Mokhtar melepaskan dan membebaskan Haser Ajirul selepas memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Haser pada Rabu.

Advertisement
Haser didakwa mengedar dadah itu pada jam 4.30 petang, 25 Januari 2024 di tepi jalan berhampiran kilang sawit di Beluran.

Haser didakwa di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sebatan sekurang-kurangnya 15 kali jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Haser yang mempunyai dua anak diarahkan untuk dirujuk kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.

Pihak pendakwaan telah memanggil enam saksi sepanjang perbicaraan yang bermula pada 21 Julai 2025.

Advertisement
Timbalan Pendakwa Raya Risal Abdul Fikkah mengetuai pendakwaan manakala Haser diwakili oleh peguam Hamida Ambo dan Nurul Izzati Dislin.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here