Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Polis siasat kes pegawai penguatkuasa MPS diserang
Published on: Sunday, March 08, 2026
Published on: Sun, Mar 08, 2026
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Polis siasat kes pegawai penguatkuasa MPS diserang
TANGKAP layar sebuah video tular melibatkan serangan ke atas pegawai penguatkuasa MPS ketika sedang bertugas.
SANDAKAN: Polis sedang menjalankan siasatan berhubung satu kejadian seorang pegawai penguatkuasa Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) yang dipercayai dipukul oleh sekumpulan lelaki ketika menjalankan rondaan di kawasan Pasar Batu 8, Sandakan pada petang Jumaat. 

Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner George Abd Rakman berkata kejadian berlaku kira-kira jam 2.30 petang ketika mangsa bersama rakan sekerjanya menjalankan rondaan bagi memantau aktiviti perniagaan di kawasan pasar berkenaan.

Advertisement
Menurut beliau mangsa telah menegur seorang lelaki yang dipercayai menjual rokok tanpa cukai secara terbuka di kawasan tersebut sebelum berlaku pertengkaran dan mangsa diserang beberapa individu tidak dikenali. 

“Susulan itu mangsa mengalami kecederaan lebam di beberapa bahagian badan. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Polis telah memulakan siasatan dan telah mengenal pasti beberapa individu dipercayai terlibat dalam kejadian terbabit. 

“Setakat ini satu tangkapan telah dibuat,” katanya.

Advertisement
George menyatakan kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas, Seksyen 332 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan bagi menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas serta Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Dalam pada itu beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian berkenaan untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi balai polis berhampiran.

Advertisement
Sementara itu Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) Walter Kenson mengecam keras tindakan ganas sekumpulan penjual rokok haram yang menyerang penguatkuasa MPS dalam satu kejadian di Batu 8, Sibuga Jaya.

Beliau berkata tindakan sedemikian tidak dapat diterima sama sekali dan tidak akan ditoleransi kerana ia melibatkan keselamatan anggota penguatkuasa yang sedang menjalankan tugas.

Menurutnya MPS amat memandang serius insiden tersebut serta mengambil berat terhadap keselamatan dan kesejahteraan penguatkuasa yang bertugas untuk melindungi kepentingan masyarakat.

“Kami sangat prihatin dengan keselamatan dan kesejahteraan penguatkuasa MPS yang sedang menjalankan tugas bagi memastikan peraturan dipatuhi serta melindungi masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu. 

Walter turut menyatakan sokongan penuh terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian itu dan menegaskan bahawa MPS akan memberi kerjasama sepenuhnya bagi membantu pihak berkuasa membawa pelaku ke muka pengadilan.

Beliau turut mengingatkan orang ramai bahawa penjualan rokok haram merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang dan mereka yang terlibat boleh dikenakan tindakan tegas.

“MPS akan terus bekerjasama dengan PDRM serta agensi-agensi berkaitan bagi membanteras kegiatan haram ini,” katanya. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here