HAJIJI berkata penambahan kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak adalah sesuai dengan kehendak Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
“Ianya juga seperti yang termaktub di dalam MA63 di mana Sabah dan Sarawak sekurang-kurangnya mempunyai satu pertiga bilangan kerusi di Parlimen,” katanya merujuk kepada jaminan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung perkara itu kepada media.
“Ya, ini sudah semestinya yang ditunggu-tunggu oleh Sabah dan Sarawak untuk kita mendapatkan bilangan kerusi parlimen tambahan. Sabah dan Sarawak merupakan dua negeri yang agak besar dan wajar diberi pertimbangan yang khas untuk kita tambah,” katanya
Hajiji berkata pertambahan kerusi diperlukan memandangkan kawasan-kawasan parlimen di Sabah turut mengalami peningkatan penduduk.
Beliau menyebut Kinabatangan, yang sebesar Pahang tetapi hanya satu kerusi Parlimen dan Tuaran yang lebih besar daripada Perlis tetapi hanya punyai satu kerusi Parlimen.
“Terima kasih kepada Perdana Menteri,” katanya.