Wed, 1 Apr 2026
Headlines:
570 cengkerang penyu dirampas di Semporna
Published on: Monday, November 17, 2025
Published on: Mon, Nov 17, 2025
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
570 cengkerang penyu dirampas di Semporna
ANTARA cengkerang yang dirampas dalam operasi itu.
SEMPORNA: Pasukan Gerakan Operasi (PGA) merampas 570 cengkerang penyu hasil daripada satu operasi yang dijalankan bersama Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHL) pada Sabtu.

Operasi terbabit melibatkan Pasukan Petugas Batalion ke-22 Pasukan Gerakan Operasi dan JHL di kawasan bandar. 

Advertisement
Bertindak atas maklumat risikan, pasukan itu menyerbu sebuah premis yang disyaki digunakan untuk menyimpan barangan hidupan liar secara haram, termasuk cengkerang.

“Pasukan menemui sebuah kotak yang mengandungi 570 cengkerang atau skala dalam pelbagai saiz dengan berat kira-kira 17.8kg,” katanya. 

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Semua barangan diperoleh melalui tangkapan dan penyeludupan penyu. Dua lelaki ditahan untuk membantu siasatan.

Kesemua rampasan bernilai RM14,240 dan suspek diserahkan kepada JHL untuk tindakan selanjutnya di bawah Seksyen 41(1) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 1997, manakala seorang daripada suspek disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Advertisement
PGA berkata operasi ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan mereka dalam memerangi aktiviti penyeludupan haiwan dilindungi. 

Mereka menambah, mereka akan terus memperhebatkan rondaan, risikan dan tindakan bersepadu bagi membanteras aktiviti tersebut serta melindungi kepelbagaian biodiversiti negara.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here