Kota Kinabalu: Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe, berdepan saingan enam penjuru bagi kerusi Likas.
Phoong yang bertanding atas tiket Pakatan Harapan (PH) berpindah dari kerusi Luyang, yang diwakilinya selama dua penggal.
Beliau berkata keputusan berpindah dibuat untuk memberi peluang kepada golongan muda kerana rakyat Sabah mahukan perubahan.
“Mereka mahu perubahan bukan dari segi siapa Ketua Menteri atau pentadbiran, tetapi perubahan dari segi wakil rakyat yang kompeten, muda, bersih dan ‘tiada video’,” kata Phoong, bekas Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan.
Advertisement





