Kota Kinabalu: Ahli Majlis Tertinggi Parti Warisan Chen Ket Chuin berkata salah satu punca kos sara hidup tinggi di Sabah adalah ketidakcekapan dalam logistik dan pengedaran.
Beliau berkata kerajaan perlu meneliti faktor dasar kabotaj serta infrastruktur dalaman.
“Walaupun dasar telah diliberalisasikan, kebergantungan kepada laluan perkapalan dan ‘pengendalian berganda’ barangan di mana barangan sering dihantar ke
Pelabuhan Klang sebelum diagihkan semula ke Malaysia Timur menambah kos pengangkutan secara signifikan,” katanya.
Advertisement





