Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Sukarelawan DMM Bersamamu tingkat kesiapsiagaan hadapi bencana
Published on: Sunday, February 15, 2026
Published on: Sun, Feb 15, 2026
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
Sukarelawan DMM Bersamamu tingkat kesiapsiagaan hadapi bencana
MATBALI (lima dari kiri) menyampaikan uniform Sukarelawan DMM Bersamamu kepada salah seorang sukarelawan.
SIPITANG: Penubuhan Sukarelawan DMM Bersamamu dilihat sebagai antara usaha murni memperkukuh kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang musibah khususnya banjir yang kerap berlaku di kawasan Parlimen Sipitang.

Ahli Parlimennya Datuk Matbali Musah berkata sukarelawan berkenaan akan membantu penduduk di seluruh kawasan parlimen terbabit merangkumi Dewan Undangan Negeri (Dun) Lumadan dan Sindumin sekiranya berlaku bencana atau kecemasan.

Advertisement
“Parlimen Sipitang sememangnya sinonim dengan kejadian banjir dan penubuhan pasukan sukarelawan itu amat bertepatan bagi memastikan bantuan dapat disalurkan dengan lebih pantas dan tersusun.

“Sukarelawan ini juga akan bekerjasama rapat dengan agensi kerajaan termasuk UPPM Lumadan dan Sindumin, polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM),” katanya.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here