Wed, 1 Apr 2026
Headlines:
GRS umum empat lagi calon
Published on: Friday, November 14, 2025
Published on: Fri, Nov 14, 2025
Text Size:
Text:
GRS umum empat lagi calon
Dari kiri: Hassan: Sebatik, Samsiah: Kukusan, Dr Bonaventure: Tamparuli dan Rafie: Bingkor.
Tuaran: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Khamis mengumumkan empat lagi calon bakal bertanding mewakili gabungan parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 sekali gus melengkapkan senarai 55 calon.

Empat calon itu ialah penyandang DUN Sebatik Datuk Hassan A Gani Pg Amir, Ketua Bahagian Parti Harapan Rakyat Sabah Kukusan Samsiah Usman (DUN Kukusan), bekas Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof Madya Dr Bonaventure Boniface (DUN Tamparuli) dan Setiausaha Pemuda GRS pusat Rafie Robert bagi DUN Bingkor.

Advertisement
Pengumuman dibuat Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor pada Majlis Penutupan Hari Sukan dan Sambutan Hari Keluarga Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Tuaran di Dewan Seri Sulaman di sini, Khamis.

Berucap pada majlis itu, beliau berkata memilih calon untuk bertanding mewakili GRS adalah antara cabaran paling besar menjelang PRN17 memandangkan semua nama-nama diserahkan kepadanya mempunyai sumbangan, pengaruh dan penyokong pada peringkat akar umbi.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Hajiji berkata beliau perlu membuat keputusan terbaik dengan memilih seorang sahaja calon yang dilihat mampu memberi kemenangan kepada gabungan parti itu pada pilihan raya berkenaan.

“Di sinilah cabaran timbul kepada saya kerana semua penyokong, pemimpin kita yang telah menyumbang kepada kebaikan parti dan GRS. Tentu ada yang tidak puas hati, tetapi sebagai pemimpin kita mesti mempunyai sifat tolak ansur dan pengorbanan terutama dalam saat kita menghadapi pilihan raya,” katanya.

Advertisement
Beliau berkata misi lebih penting ketika ini adalah untuk memenangkan GRS bagi membolehkan gabungan parti itu membentuk kerajaan Sabah, sekali gus meneruskan dasar dan hala tuju yang telah diperkenalkan sepanjang lima tahun menerajui negeri itu.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Hajiji yakin semua calon GRS mampu menyumbang kemenangan kepada parti berdasarkan bakat, pengalaman dan latar belakang yang pelbagai.

Advertisement
Beliau turut menggesa mereka yang tidak dipilih supaya bersama jentera GRS membantu calon di semua kawasan bagi memastikan kemenangan dalam pilihan raya itu.

Rabu lepas, Hajiji mengumumkan 51 daripada 55 calon yang akan bertanding pada PRN ke-17 dengan menampilkan gabungan pemimpin berpengalaman dan calon muka baharu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here