Wed, 1 Apr 2026
Headlines:
Tambang bot laju Labuan turun ke harga asal RM9
Published on: Wednesday, November 12, 2025
Published on: Wed, Nov 12, 2025
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
Tambang bot laju Labuan turun ke harga asal RM9
Armizan berkata, penurunan harga itu susulan perbincangan di antara pihaknya dengan Persatuan Pengusaha Bot-Bot Laju Menumbok, baru- baru ini.
Kota Kinabalu: Kadar tambang bot penumpang dari Menumbok ke Labuan kembali kepada harga asal iaitu RM9 berkuatkuasa Selasa (11 Nov).

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, penurunan harga itu susulan perbincangan di antara pihaknya dengan Persatuan Pengusaha Bot-Bot Laju Menumbok, baru- baru ini.

Advertisement
Katanya, KPDN dan agensi kerajaan berkaitan akan membantu dengan menyegerakan kelulusan subsidi petrol RON95 sebaik pengusaha yang layak membuat permohonan di Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) bermula 13 Nov ini.

“Sebagai langkah interim, operator bot yang layak akan dibenarkan membuat tuntutan bayaran balik kos tambahan bahan api melalui sistem yang sama. Kelayakan tuntutan berkuat kuasa hari ini (11 Nov).

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Tuntutan bayaran balik untuk tempoh 30 Sept hingga 31 Okt 2025, ketika harga tambang belum dinaikkan dan operator bot terpaksa menanggung kos tambahan, juga akan dipertimbangkan dengan disertai rekod pembelian,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, Selasa.

Penyandang Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Penyu, Datuk Limus Jury sebelum ini telah meminta KPDN membuat semakan susulan kenaikan harga tambang bot ini yang terpaksa dinaikkan pengusaha ekoran pelaksanaan subsidi bersasar RON95.

Advertisement
Sebagai respon, satu siasatan telah  dijalankan KPDN menerusi Suruhanjaya Persaingan Malaysia (Mycc) di bawah Seksyen 4 Akta Persaingan 2010 (Akta 712).

Pada masa sama, satu perjumpaan juga diadakan antara KPDN dan pengusaha hingga keputusan melibatkan kepentingan pengguna dan pengusaha dicapai.

Advertisement
Sehubungan itu, Armizan berkata, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada pengusaha termasuk Limus atas bantuan beliau dalam isu tersebut.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here