Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Dua peniaga dikompaun, gagal pamer tanda harga
Published on: Wednesday, March 11, 2026
Published on: Wed, Mar 11, 2026
By: Ahmad Apong
Text Size:
Text:
Dua peniaga dikompaun, gagal pamer tanda harga
PEMERIKSAAN oleh KPDN.
LABUAN: Dua peniaga di sini dikompaun kerana gagal mematuhi peraturan penandaan harga barangan di premis masing-masing.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Labuan, Junaidah Arbain berkata tindakan tersebut diambil terhadap seorang pengusaha premis perabot dan seorang peniaga kedai serbaneka, selepas pemeriksaan mendapati kedua-dua premis tidak meletakkan label, tag atau tanda harga jualan tunai pada barangan yang dipamerkan untuk tujuan perdagangan.

Advertisement
“Kesalahan disiasat di bawah Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penandaan Harga Bagi Barangan dan Caj Bagi Perkhidmatan) 2020 yang dibuat menurut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 [Akta 723].

“Jika sabit kesalahan, individu didenda sehingga RM50,000 atau dipenjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali, manakala bagi syarikat pula boleh dikenakan denda sehingga RM100,000,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menurut beliau, pemeriksaan itu merupakan sebahagian daripada pemantauan berterusan menerusi Ops Pantau 2026 yang dilaksanakan sepanjang bulan Ramadan di sekitar Labuan.

“KPDN Labuan akan terus mempergiatkan pemantauan dan pemeriksaan dari semasa ke semasa bagi memastikan semua peniaga mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Peniaga juga diingatkan supaya sentiasa memastikan setiap barang jualan dilengkapi dengan tanda harga jualan tunai yang jelas, mudah dilihat serta mematuhi peruntukan undang-undang,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here