Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Perkenal kawalan harga tambang udara ke Tawau
Published on: Sunday, March 08, 2026
Published on: Sun, Mar 08, 2026
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Perkenal kawalan harga tambang udara ke Tawau
Justeru kata Andi, kerajaan perlu melihat semula mekanisme kawalan harga supaya rakyat tempatan, khususnya dari Tawau, Kalabakan dan Semporna tidak perlu berterusan terpaksa menanggung kos tinggi untuk pulang ke kampung pada musim perayaan. 
TAWAU: Kerajaan dicadang agar memperkenalkan satu mekanisme kawalan harga atau siling tambang khas untuk warganegara, bagi memastikan kos perjalanan lebih munasabah dan tidak membebankan rakyat Sabah pada musim perayaan. 

Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy berkata, satu mekanisme khusus bagi mengawal tambang penerbangan ke Tawau, khususnya pelajar dan mahasiswa dari Sabah yang menuntut di Semenanjung Malaysia. 

Advertisement
Menurutnya, isu kenaikan harga tiket penerbangan setiap kali menjelang musim perayaan sering menimbulkan kegusaran dalam kalangan rakyat kerana kosnya kadangkala lebih mahal berbanding destinasi luar negara – contohnya, ada ketika harga tiket ke Tawau lebih mahal berbanding tiket ke Bali, Indonesia. 

“Lebih 80 peratus penumpang yang menggunakan penerbangan ke Tawau bukanlah pelancong semata-mata, sebaliknya terdiri daripada rakyat tempatan yang mempunyai urusan kerja, pendidikan dan keluarga,” katanya.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here