Wed, 1 Apr 2026
Headlines:
Dua bot nelayan ditahan di Kunak
Published on: Wednesday, November 12, 2025
Published on: Wed, Nov 12, 2025
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
Dua bot nelayan ditahan di Kunak
ANGGOTA Maritim Malaysia memeriksa salah sebuah bot itu.
LAHAD DATU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan dua bot nelayan pukat bilis berhampiran perairan Tabawan, Kunak kerana melanggar syarat lesen.

Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Dzulfikhar Ali, berkata kedua-dua bot itu ditahan secara berasingan pada kira-kira jam 3.30 petang Isnin ketika operasi Ops Pluto Timur dan Ops Tiris dijalankan.

Advertisement
Menurutnya, bot pertama didapati dikendalikan oleh tiga kru tempatan berusia antara 21 hingga 33 tahun, manakala bot kedua dikendalikan seorang tekong warga Filipina bersama dua kru tempatan. Semua kru memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati kedua-dua bot itu menangkap ikan pada jarak kurang daripada 1.5 batu nautika dari pantai. Bot dan kru terbabit telah dibawa ke Jeti Maritim Lahad Datu untuk tindakan lanjut,” katanya, Selasa.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Dzulfikhar menegaskan Maritim Malaysia akan terus komited memastikan aktiviti penangkapan ikan dijalankan mengikut undang-undang.

“Tindakan tegas terhadap pihak yang melanggar peraturan adalah bagi melindungi sumber marin negara,” katanya.

Advertisement
Orang awam yang mempunyai sebarang aduan atau maklumat mengenai aktiviti jenayah serta kecemasan boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Lahad Datu melalui WhatsApp di talian 016-9305727 atau MERS 999.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here