Wed, 1 Apr 2026
Headlines:
Penunggang motor maut nahas 3 kenderaan
Published on: Wednesday, November 12, 2025
Published on: Wed, Nov 12, 2025
By: Amir Anuar
Text Size:
Text:
Penunggang motor maut nahas 3 kenderaan
MAYAT mangsa ditutup di lokasi.
TAWAU: Seorang penunggang motosikal yang dirempuh dari belakang sebelum terlanggar kenderaan lain di hadapannya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian di Jalan Utara Baru di sini, kira-kira jam 3.15 petang Isnin.

Kemalangan itu melibatkan tiga kenderaan berbeza – sebuah motosikal, van dan pacuan empat roda (4WD) – di kawasan laluan sesak di mana kerja-kerja naiktaraf jalan juga sedang dijalankan.

Advertisement
Ketua Polis Daerah Tawau ACP Jasmin Hussin berkata mangsa dikenalpasti sebagai seorang lelaki berumur 31 tahun dan menaiki motosikal Honda RSX 150.

“Polis menerima maklumat pada jam 3.40 petang berkaitan kes kemalangan maut di Jalan Utara Baru, berhampiran simpang Jalan Imam Galundang dan simpang tiga Taman Univilla,” katanya di sini pada Selasa.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Jasmin berkata kemalangan melibatkan motosikal mangsa, sebuah Nissan Urvan dan sebuah Mitsubishi Triton. 

Menurutnya, siasatan polis mendapati ketiga-tiga kenderaan bergerak dari arah Merotai menuju ke Bandar Tawau.

Advertisement
“Pemandu van, seorang lelaki berumur 59 tahun, yang berada di hadapan memperlahankan kenderaannya akibat kesesakan sebelum disusuli oleh mangsa yang turut memperlahankan motosikanya.

“Bagaimanapun, 4WD yang dipandu seorang lelaki berumur 29 tahun dan berada di belakang, dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar motosikal mangsa,” katanya.

Advertisement
Tambahnya, impak menyebabkan mangsa dan motosikalnya terlempar sehingga terlanggar belakang van yang berada di hadapannya.

Kedua-dua pemandu kenderaan terlibat tidak mengalami kecederaan. Polis menahan pemandu 4WD itu untuk membantu siasatan yang dijalankan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here