Mon, 6 Apr 2026
Headlines:
Penunggang motor maut digilis
Published on: Wednesday, March 18, 2026
Published on: Wed, Mar 18, 2026
By: R Gonzales
Text Size:
Text:
Penunggang motor maut digilis
KEADAAN di lokasi kemalangan.
KOTA BELUD: Seorang penunggang motosikal berusia 20 tahun terbunuh selepas digilis sebuah kenderaan dalam kemalangan di Jalan Tamparuli-Ranau, berhampiran simpang Kampung Kiau di sini, petang Isnin.

Dalam nahas kira-kira jam 2 petang itu, lelaki warga tempatan itu dilaporkan cedera parah pada bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia oleh penolong pegawai perubatan Hospital Kota Belud di lokasi kejadian.

Advertisement
Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Belud, ASP Ahmad Fathie Md Salleh berkata, siasatan awal mendapati mangsa menunggang motosikal dari Ranau menghala ke arah Kota Kinabalu.

Sebaik tiba di lokasi kejadian yang melalui laluan lurus menuruni jalan curam, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC 135 dipercayai hilang kawalan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Akibat itu, mangsa terbabas dan terjatuh di atas jalan sebelum digilis sebuah kenderaan dari arah bertentangan, yang belum diketahui nombor platnya.

“Mangsa mengalami kecederaan parah kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya.

Advertisement
Ahmad Fathie berkata, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kota Belud dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Orang ramai atau saksi kejadian juga diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampiran untuk menyalurkan maklumat berkaitan kejadian atau hubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor Mohd Firdaus Che Mustafa di talian 088-976600 sambungan 225 bagi membantu siasatan.

Advertisement
Orang ramai juga dinasihatkan agar sentiasa mematuhi peraturan jalan raya dan memastikan kenderaan dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here