Wed, 1 Apr 2026
Headlines:
Perikatan Nasional umum 41 calon, 90 peratus wajah baharu
Published on: Wednesday, November 12, 2025
Published on: Wed, Nov 12, 2025
By: Sisca Humphrey
Text Size:
Text:
Perikatan Nasional umum 41 calon, 90 peratus wajah baharu
Muhyiddin berkata, pemilihan calon kali ini mencerminkan hasrat PN untuk membawa “generasi baharu pemimpin yang bersih, bertenaga dan berorientasikan khidmat” dalam menangani pelbagai isu berlarutan di Sabah. - FOTO FMT.
PENAMPANG: Perikatan Nasional (PN) menampilkan barisan 41 calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, Selasa, dengan 90 peratus daripadanya terdiri daripada wajah baharu.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata barisan itu melibatkan 33 calon daripada Bersatu, lima daripada PAS dan tiga daripada Gerakan, termasuk lima calon wanita.

Advertisement
“Mereka telah melalui proses tapisan ketat bagi memastikan setiap calon memenuhi piawaian PN dari segi integriti dan kecekapan,” katanya pada sidang media di Pusat Teknologi dan Perdagangan Antarabangsa (ITCC), di sini.

Proses tapisan itu melibatkan semakan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi memastikan calon bebas daripada rekod jenayah atau salah laku kewangan.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Antara calon PAS ialah Datuk Dr Aliakbar Gulasan yang akan bertanding di Karambunai.

Muhyiddin berkata, pemilihan calon kali ini mencerminkan hasrat PN untuk membawa “generasi baharu pemimpin yang bersih, bertenaga dan berorientasikan khidmat” dalam menangani pelbagai isu berlarutan di Sabah.

Advertisement
“Kita sedar Sabah berdepan pelbagai masalah asas seperti infrastruktur yang lemah, bekalan elektrik tidak stabil, kekurangan air dan kadar kemiskinan yang tinggi. 

“PN akan menumpukan usaha menyelesaikan isu-isu ini melalui strategi jangka pendek, sederhana dan panjang yang terancang,” katanya.

Advertisement
“Sabah sebenarnya mempunyai sumber air mencukupi, tetapi pengagihan yang tidak seimbang menyebabkan masalah bekalan. Pelan menyeluruh diperlukan bagi memastikan isu air dan elektrik dapat diselesaikan dengan berkesan,” tambahnya.

Bekas Perdana Menteri itu turut menegaskan sokongan PN terhadap Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), termasuk hak Sabah ke atas 40 peratus hasil negeri seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Pendiran kami jelas, apa yang termaktub dalam Perlembagaan mesti dilaksanakan. PN sepenuhnya menyokong hak Sabah di bawah MA63,” katanya.

Muhyiddin turut menegaskan bahawa semua parti komponen PN – Bersatu, PAS dan Gerakan – akan bertanding menggunakan satu lambang bagi mencerminkan perpaduan dan matlamat bersama.

“PAS hanya bertanding di lima kerusi. Kita bergerak sebagai satu pasukan di bawah PN. Apa yang penting bukan parti mana menang, tetapi PN yang menang untuk rakyat Sabah,” ujarnya.

Pengerusi PN Sabah, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, yang bertanding di Sugut, dan Timbalan Pengerusi Datuk Seri Hamzah Zainudin, diberi tanggungjawab mengenal pasti kawasan paling sesuai untuk ditandingi PN selepas kajian dan libat urus mendalam bersama komuniti setempat.

Muhyiddin turut menyatakan bahawa PN terbuka untuk bekerjasama selepas pilihan raya dengan parti-parti tempatan yang sealiran bagi membentuk kerajaan negeri yang stabil dan inklusif.

“Jika kita dapat bekerjasama, pembentukan kerajaan baharu akan menjadi lebih mudah dan berkesan,” katanya.

Senarai calon PN adalah: Banggi – Rahimah Majid; Bengkoka – Berusli Kimin; Tanjong Kapor – Muhammad Affan Jumahat; Pintasan – Awang Salleh Makmud;

Sulaman – Datin Tiaminah @ Siti Aminah Ele; Pantai Dalit – Mohd Zulkernain Osman;

Karambunai – Datuk Dr Aliakbar Gulasan; Darau – Nabila Norsahar; Luyang – Ooi Hong Wee; Tanjong Aru – Suhaimi Buang; Tanjung Keramat – Farish Adamz Shah @ Kanny;

Moyog – Francis Mojikon; Limbahau – Adrian Alexander; Pantai Manis – Faizal Julaili; Bongawan – Ridzuan Agus Payong; Klias – Mohammad Hisyam Hazaril;

Sindumin – (akan diumumkan); Kundasang – Dr Atong Antong; Liawan – Johny @ John Anthony; Nabawan – Sayau Tangkap; Telupid – Jamin Jamri; Sugut – Datuk Seri Dr Ronald Kiandee; Labuk – Asmad Nasir;

Gum-Gum – Yunus Nurdin; Sungai Manila – Yusri Abu; Sungai Sibuga – Norani Asmatil; Sekong – Mohd Fazriee Awang;

Elopura – Mohd Firdaus @ Silvester Abdullah; Tanjong Papat – Koa Wei Yang; Lamag – Mazlin Madali; Sukau – Pengiran Petra Pengiran Asri;

Silam – Borkes @ Balkis Kalinggalan; Kunak – Kasman Karate; Sulabayan – Abdul Malik Abd Bool; Bugaya – Jamil Abdul Gapar; Balung – Dr Munzier Mahamud; Apas – Lim Ting Khai; Kukusan – Francis Lawrence @ Yusop; Tanjung Batu – Ahmad Dullah; Merotai – Hasan Haris; Sebatik – Suhurani Sammani.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here