Thu, 26 Mar 2026
Headlines:
Lari dari tahanan polis, juruteknik sambilan dipenjara 9 bulan
Published on: Wednesday, August 06, 2025
Published on: Wed, Aug 06, 2025
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Lari dari tahanan polis, juruteknik sambilan dipenjara 9 bulan
Asroy, yang kesnya disebut pada Selasa, menukar pengakuan kepada bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berumur 32 tahun dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret kerana melarikan diri daripada tahanan sah polis ketika berada di Klinik Kesihatan Penampang, dua bulan lalu.

Mohd Asroy Adonara, seorang juruteknik pendingin hawa sambilan, mengaku bersalah di hadapan Majistret Marilyn Kelvin secara sengaja melarikan diri daripada tahanan sah polis di Klinik Kesihatan Penampang, Penampang, pada 6 Jun tahun ini, jam 10.30 malam.

Advertisement
Asroy, yang kesnya disebut pada Selasa, menukar pengakuan kepada bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Dia pada 3 Julai lalu meminta dibicarakan terhadap pertuduhan terbabit. 

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Berdasarkan fakta kes yang dikemukakan oleh pendakwaan, pada 6 Jun jam 10.25 pagi, Asroy dibawa oleh anggota polis ke Bilik Kecemasan dan Rawatan di Klinik Kesihatan Penampang selepas mengadu sakit dada. Selepas menjalani pemeriksaan oleh doktor, Asroy diarahkan untuk berehat di atas katil.

Namun ketika pengadu sedang berbincang dengan kakitangan perubatan berkenaan rawatan lanjut, Asroy tiba-tiba melompat turun dari katil, menolak pintu kecemasan berdekatan dan melarikan diri keluar dari kawasan klinik. 

Advertisement
Polis segera mengejar tertuduh dan berjaya menangkapnya semula di luar kawasan klinik.

Asroy kemudian dibawa semula ke dalam klinik untuk rawatan lanjut dan digari sebelum dibawa balik ke lokap Balai Polis Penampang dan diletakkan di dalam sel tanpa sebarang insiden.

Advertisement
Dia diperintahkan menjalani hukuman penjara itu bermula dari 6 Jun.

Dalam kes berasingan, seorang penganggur lelaki dipenjara tujuh bulan kerana memiliki mesin kimpalan curi.

Md Shaurey Masdi mengaku bersalah memiliki mesin curi itu pada jam 3.30 petang, 17 Jun, di tepi jalan Kampung Rampayan, Manggatal.

Pertuduhan di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga lima tahun, denda, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Menurut fakta kes yang dikemukakan oleh pendakwaan, mesin terbabit telah dicuri semasa kejadian pecah masuk ke sebuah premis di Manggatal.

Inspektor Yusdi Basri melakukan pendakwaan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here