Mon, 30 Mar 2026
Headlines:
Belukar 6 ekar terbakar di Sandakan
Published on: Thursday, July 31, 2025
Published on: Thu, Jul 31, 2025
By: Mardinah Jikur
Text Size:
Text:
Belukar 6 ekar terbakar di Sandakan
Pasukan bomba memadamkan kebakaran menggunakan air dari jentera bomba, pam mudah alih serta peralatan pemadam api.
SANDAKAN: Kebakaran belukar melibatkan kawasan seluas enam ekar dilaporkan berlaku berhampiran jalan di Kampung Tinosa 1, Batu 7, di sini, pada Selasa.

Seorang saksi memaklumkan kejadian itu kepada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan pada jam 7.25 malam.

Advertisement
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Jimmy Lagung berkata, lapan anggota dihantar ke lokasi yang terletak kira-kira 12 kilometer dari balai, dan tiba pada jam 7.38 malam.

Katanya, pasukan bomba memadamkan kebakaran menggunakan air dari jentera bomba, pam mudah alih serta peralatan pemadam api.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Operasi dikawal pada jam 8.10 malam dan ditamatkan pada jam 8.28 malam,” katanya.

Beliau berkata, anggota bomba berdepan kesukaran disebabkan tiupan angin kuat, keluasan kawasan belukar dan kenderaan bomba yang tidak dapat menghampiri lokasi kebakaran.

Advertisement
Turut membantu di lokasi adalah pihak polis dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Jimmy menasihatkan orang awam agar menghentikan pembakaran terbuka atau sebarang aktiviti yang boleh mencetuskan kebakaran.

Advertisement
Di bawah Seksyen 29(A) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, kesalahan pembakaran terbuka boleh dikenakan kompaun maksimum RM2,000 bagi setiap kesalahan, denda sehingga RM500,000, penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here