Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
28 tinggal sehelai sepinggang di Kota Belud
Published on: Tuesday, March 24, 2026
Published on: Tue, Mar 24, 2026
By: R Gonzales, Mardinah Jikur
Text Size:
Text:
28 tinggal sehelai sepinggang di Kota Belud
KEBAKARAN yang berlaku di Kampung Labuan, Kota Belud.
KOTA BELUD: 28 orang tinggal sehelai sepinggang selepas dua rumah didiami mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Labuan, di sini, tengah malam Sabtu lepas.

Dua rumah masing-masing dengan empat dan 24 penghuni itu musnah namun tiada mangsa dilaporkan.

Advertisement
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Kota Belud, Elge Bakuk berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 12.03 tengah malam.

Seramai tujuh anggota dikerah ke lokasi kejadian sejauh enam kilometer berserta jentera dan sebuah kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Setibanya di lokasi, pasukan mendapati kebakaran membabitkan dua rumah jenis separuh kekal dan tidak kekal yang terbakar 100 peratus.

“Operasi pemadaman dijalankan menggunakan dua aliran hos sepanjang 27 meter menggunakan sumber jentera,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Advertisement
Menurutnya, ekoran sumber air dari pili bomba sejauh enam kilometer, pasukan mengambil masa lebih lama untuk memadam dan mengawal kebakaran.

“Operasi dikawal pada jam 1.53 pagi dan kerja-kerja ‘overhaul’ dilaksanakan bagi memastikan tiada punca bahaya lain. Tiada mangsa dilaporkan manakala punca kebakaran masih dalam siasatan,” ujarnya.

Advertisement
Elge menambah, pasukan kemudiannya menamatkan operasi pada jam 4.23 pagi. Operasi turut dibantu Sabah Electricity.

ANGGOTA bomba Sandakan memadam kebakaran di lokasi kejadian.Di SANDAKAN, sebuah rumah musnah terbakar di Kampung Nelayan Tengah, Batu 10, di sini pada petang Ahad. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Jimmy Lagung, berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira jam 4.46 petang. 

16 anggota dikerah ke lokasi sejauh 22km bersama dua jentera dan kenderaan utiliti serta unit bantuan perkhidmatan kecemasan (EMRS). 

“Operasi terkawal pada jam 5.41 petang dan tamat pada jam 6.18 petang,” jelasnya.

Tiada mangsa dilaporkan sementara punca dan anggaran kerugian masih disiasat. Operasi turut dibantu anggota polis.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here