Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Bekas jururawat kekal dipenjara tiga tahun
Published on: Wednesday, June 10, 2026
Published on: Wed, Jun 10, 2026
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Bekas jururawat kekal dipenjara tiga tahun
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang enam bulan dan tidak melebihi lima tahun, sebatan serta denda jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang bekas jururawat sebuah klinik swasta yang dijatuhi hukuman penjara tiga tahun kerana menyalahgunakan wang syarikat untuk kegunaan peribadi gagal dalam rayuannya terhadap sabitan dan hukuman tersebut.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Dayang Ellyn Narisa Abang Ahmad pada Selasa menolak rayuan yang dikemukakan oleh Shirley Suzanna Juspa.

Advertisement
Dalam penghakimannya Dayang Ellyn memutuskan bahawa rayuan Shirley tidak mempunyai merit dan mengekalkan sabitan serta hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret.

Pada 10 Mei 2024 Shirley, 37, disabitkan bersalah selepas perbicaraan penuh di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu dan dijatuhi hukuman penjara tiga tahun.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dia didapati bersalah kerana dengan curang menyalahgunakan wang berjumlah RM85,415 milik M&D Sdn Bhd untuk kegunaan peribadi antara 5 November 2021 hingga 31 Disember 2021 di Specialist Skin Clinic, Damai Plaza IV, Luyang.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang enam bulan dan tidak melebihi lima tahun, sebatan serta denda jika sabit kesalahan.

Advertisement
Mahkamah Majistret sebelum ini memerintahkan Shirley menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh sabitan.

Bagaimanapun dia berjaya memperoleh penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu keputusan rayuan di Mahkamah Tinggi.

Advertisement
Peguam Nurul Rafeeqa Afdul Mutolip mewakili perayu manakala Timbalan Pendakwa Raya Samira Khalili mewakili pihak pendakwaan selaku responden.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here