Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Semporna terima 560,000 pelancong tahun lalu: Jafry
Published on: Wednesday, June 10, 2026
Published on: Wed, Jun 10, 2026
By: Crystal E Hermenegildus
Text Size:
Text:
Semporna terima 560,000 pelancong tahun lalu: Jafry
Jafry berkata kementerian akan terus bekerjasama dengan agensi berkaitan untuk mengenal pasti kelemahan dalam dasar sedia ada dan melaksanakan penambahbaikan yang diperlukan.
Kota Kinabalu: Kerajaan Sabah komited memastikan manfaat daripada industri pelancongan negeri yang semakin berkembang khususnya di Semporna dapat dinikmati secara lebih meluas oleh komuniti tempatan, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Jafry Ariffin (gambar).

Jafry berkata kerajaan negeri mengambil maklum kebimbangan yang dibangkitkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung keperluan memastikan pertumbuhan ekonomi yang dipacu sektor pelancongan memberi manfaat secara langsung kepada rakyat Sabah.

Advertisement
Beliau berkata Semporna kekal sebagai antara destinasi pelancongan utama Sabah dengan merekodkan 560,077 ketibaan pelancong sepanjang 2025. Bagi tempoh Januari hingga April tahun ini sahaja, daerah itu menerima 157,673 pelawat, mencerminkan popularitinya yang berterusan dalam kalangan pelancong domestik dan antarabangsa.

“Pertumbuhan industri pelancongan tidak seharusnya diukur hanya berdasarkan jumlah ketibaan pelancong atau nilai pelaburan tetapi juga sejauh mana manfaat ekonominya dirasai secara langsung oleh komuniti setempat,” katanya dalam satu kenyataan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Jafry berkata Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) mengalu-alukan pelaburan yang sah dan bertanggungjawab serta mematuhi undang-undang sedia ada kerana ia membantu mengukuhkan daya saing pelancongan Sabah, mempertingkatkan produk pelancongan serta mewujudkan peluang pekerjaan dan perniagaan.

Bagaimanapun, beliau menegaskan pembangunan pelancongan perlu dilaksanakan secara seimbang dan inklusif dengan memberi lebih banyak peluang kepada rakyat Sabah untuk terlibat dalam rantaian nilai industri itu, termasuk sebagai usahawan, pemilik perniagaan, penyedia perkhidmatan, tenaga kerja mahir dan rakan strategik dalam pembangunan destinasi pelancongan.

Advertisement
Menurutnya, kerajaan negeri kekal komited memastikan komuniti tempatan menjadi penerima utama manfaat daripada aktiviti ekonomi di Sabah, termasuk dalam sektor pelancongan.

Beliau berkata KePKAS memandang serius isu berkaitan penyertaan dan pemilikan tempatan dalam sektor berkaitan pelancongan seperti pengangkutan, penginapan, agensi pelancongan, restoran dan perkhidmatan sokongan lain.

Advertisement
Di Semporna, usaha pemantauan dan penguatkuasaan sedang diperkukuhkan bagi memastikan pengendali pelancongan mematuhi peraturan, beroperasi secara telus serta menyumbang kepada pembangunan ekonomi tempatan yang mampan.

Jafry berkata kementerian akan terus bekerjasama dengan agensi berkaitan untuk mengenal pasti kelemahan dalam dasar sedia ada dan melaksanakan penambahbaikan yang diperlukan.

“Sabah kekal terbuka kepada pelaburan berkualiti yang mematuhi undang-undang serta menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri. Pada masa sama, kita mahu memastikan manfaat pertumbuhan pelancongan dikongsi secara adil, inklusif dan mampan oleh rakyat Sabah,” katanya.

Beliau menambah KePKAS akan terus bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan, agensi berkaitan dan pemain industri bagi memajukan lagi sektor pelancongan Sabah sambil menjaga kepentingan serta kesejahteraan komuniti tempatan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here