LABUAN: Pengerusi Dewan Perniagaan Cina Labuan Datuk Wong Kii Yii berkata AirBorneo perlu memperkemaskan perkhidmatan penerbangan domestiknya terlebih dahulu sebelum merancang untuk mengembangkan operasi ke peringkat serantau.
Menurutnya, pelbagai isu yang melanda syarikat penerbangan baharu milik Sarawak itu telah menjejaskan imejnya sekali gus menunjukkan bahawa syarikat terbabit masih belum bersedia untuk melaksanakan rancangan yang lebih besar dan tidak seharusnya terlalu mengejar prestij.
“Apabila Kerajaan Sarawak mengambil alih MASwings dan menjenamakannya semula sebagai AirBorneo ramai menjangkakan ia akan menjadi pengganti yang setanding.
“Bagaimanapun, pelbagai masalah timbul dan menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap keupayaan syarikat penerbangan itu untuk menyediakan perkhidmatan yang boleh dipercayai,” katanya.
Advertisement





