Mon, 8 Jun 2026
Headlines:
1,000 liter diesel dirampas, tiga ditahan di Beaufort
Published on: Saturday, June 06, 2026
Published on: Sat, Jun 06, 2026
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
1,000 liter diesel dirampas, tiga ditahan di Beaufort
ISUZU Invader menjadi antara sitaan bagi siasatan kes itu.
BEAUFORT: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Beaufort menerima serahan barang kes dan tiga orang Orang Kena Tuduh (OKT) daripada anggota Task Force Perisikan Batalion 16 Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi siasatan lanjut di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Ketua Pegawai PenguatKuasa Daerah KPDN Cawangan Beaufort Jamiah Bakar berkata ia membabitkan barang yang disita antaranya sebuah kenderaan jenis Isuzu Invader Double Cabin, minyak diesel yang dianggarkan sebanyak 1,000 liter yang disimpan dalam tangki ubah suai di dalam kenderaan, satu gelung hos, sebuah pam minyak elektrik serta dokumen-dokumen berkaitan.

Advertisement
Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM23,320 termasuk kenderaan dan peralatan yang digunakan dalam kes berkenaan yang dipercayai berlaku pada 3 Jun lalu kira-kira jam 10.45 malam di sebuah stesen minyak di Pekan Beaufort. 

“Susulan itu, tindakan sitaan semula telah dilaksanakan oleh pegawai penguat kuasa KPDN bagi tujuan siasatan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan peraturan-peraturan di bawahnya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Jika sabit kesalahan, tindakan undang-undang yang sewajarnya akan diambil mengikut peruntukan yang berkuat kuasa,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Jamiah berkata kes itu merupakan sebahagian daripada pelaksanaan Ops Tiris 4.0 Bersepadu yang dilaksanakan oleh KPDN dengan kerjasama agensi penguatkuasaan lain bagi membanteras aktiviti penyelewengan dan penyeludupan barang kawalan bersubsidi, khususnya diesel.

Advertisement
Katanya, penguatkuasaan antara agensi itu bertujuan memastikan bekalan barang kawalan sampai kepada golongan sasar serta mengelakkan ketirisan subsidi kerajaan yang boleh menjejaskan ekonomi negara.

“KPDN memandang serius sebarang aktiviti penyelewengan barang kawalan yang boleh menjejaskan bekalan dan kepentingan pengguna.

Advertisement
“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu atau pihak yang didapati melanggar peruntukan undang-undang di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” tegasnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here