Sun, 14 Jun 2026
Headlines:
Ahli SBBA digesa bersatu
Published on: Thursday, June 11, 2026
Published on: Thu, Jun 11, 2026
By: Hayati Dzulkifli
Text Size:
Text:
Ahli SBBA digesa bersatu
OSMAN (tengah) bersama barisan jawatankuasa utama baharu SBBA.
Ahli Sabah Big Bikers Association digesa mengetepikan perbezaan dan bergerak sebagai satu pasukan selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) serta pemilihan jawatankuasa baharu bagi penggal 2026-2028.

Presiden SBBA yang baharu dipilih Osman Ahmed berkata semua ahli perlu mengenepikan semangat berpuak-puak demi kepentingan persatuan dan menegaskan bahawa tidak lagi wujud “Pasukan A” atau “Pasukan B” dalam SBBA.

Advertisement
Beliau menekankan bahawa perpaduan dan semangat persaudaraan perlu terus menjadi asas utama organisasi itu.

“Marilah kita memperkukuhkan barisan dan membina semula semangat berpasukan supaya setiap program atau aktiviti SBBA dapat dilaksanakan dengan lancar.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Tidak sepatutnya wujud perpecahan atau pertelingkahan dalam persatuan ketika kita bergerak ke hadapan bersama sambil menjunjung semangat persaudaraan dalam komuniti penunggang motosikal,” katanya kepada pemberita selepas AGM persatuan itu baru-baru ini.

Osman, yang dipilih semula buat kali ketiga sebagai Presiden SBBA berkata Timbalan Presiden baharu ialah Abing Hamid manakala Naib Presiden ialah Alimuddin Liase.

Advertisement
Jawatan Setiausaha Kehormat disandang Norazley Ammat tanpa bertanding, begitu juga Bendahari Agung Adam Syafiq Saludin. Turut dipilih ialah Timbalan Setiausaha Rithaudeen Ali, Timbalan Bendahari Nurjin Ujud, Setiausaha Eksekutif Mohd Dzulasyraf Jame, bersama 15 ahli jawatankuasa termasuk tiga yang dilantik oleh presiden serta dua juruaudit.

Menurut Osman AGM kali ini berlangsung dengan lancar, teratur dan tersusun namun berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya kerana menerima kehadiran ahli yang luar biasa tinggi.

Advertisement
“Ramai peminat dan pemilik motosikal berkuasa tinggi di Sabah yang juga ahli persatuan meluangkan masa untuk menyertai proses pemilihan.

“Kehadiran melebihi kuorum yang diperlukan dengan lebih dua pertiga ahli hadir. Malah, kira-kira 80 peratus ahli menghadiri AGM, sekali gus mencerminkan proses demokrasi yang sihat serta kesungguhan ahli untuk menyumbang kepada kepimpinan masa depan persatuan,” katanya.

Mengulas sejarah SBBA Osman berkata persatuan itu pada asalnya dikenali sebagai Sabah Big Bike Club, yang ditubuhkan sekitar tahun 1999 atau 2000 sebelum dijenamakan semula sebagai SBBA pada 2012.

Katanya SBBA kekal sebagai satu-satunya organisasi motosikal berkuasa tinggi di Sabah yang berdaftar di bawah Office of the Sports Commissioner Malaysia, selain memperoleh pengiktirafan tiga bintang bagi standard pengurusan dan tadbir urusnya.

Beliau turut menggesa ahli terus menyokong program dan aktiviti persatuan walaupun berdepan cabaran ekonomi semasa.

Antara program yang dirancang tahun ini ialah penyertaan dalam Miri International Bike Festival pada 30 Ogos serta sambutan Jubli Perak 25 tahun SBBA.

“Sempena ulang tahun itu kami bercadang memberi penghormatan kepada pengasas dan ahli veteran dengan mengiktiraf mereka sebagai ‘Ahli Lagenda’ serta menganugerahkan keahlian seumur hidup sebagai penghargaan terhadap sumbangan mereka kepada persatuan.

“Program Jubli Perak itu juga dijangka menampilkan festival motosikal, konvoi santai dan aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR), termasuk menyumbang kepada rumah kebajikan terpilih,” katanya.

Osman menambah persatuan itu turut sedang meneliti cadangan penganjuran program ‘360 Ride’ tahun depan sempena Visit Sabah Year 2027 bagi mempromosikan Sabah dan rantau Borneo termasuk Kalimantan, sebagai destinasi pelancongan.

“Cadangan 360 Ride masih di peringkat perancangan dan belum dimuktamadkan.

“Jika masa dan kewangan mengizinkan, program itu dijangka diadakan tahun depan sempena kempen Tahun Melawat Sabah 2027.

“Menerusi program ini kami berharap dapat membantu mempromosikan Sabah dan Borneo termasuk Kalimantan sebagai destinasi pelancongan,” katanya. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here