Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Lelaki dipenjara, pukul isteri kerana pertikaian tentang anak
Published on: Wednesday, June 10, 2026
Published on: Wed, Jun 10, 2026
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Lelaki dipenjara, pukul isteri  kerana pertikaian tentang anak
Seksyen 323 memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya manakala Seksyen 326A membolehkan hukuman penjara maksimum digandakan jika kesalahan dilakukan terhadap pasangan.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 47 tahun dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah mencederakan isterinya dalam pertikaian mengenai anak bongsu mereka.

Mohammad Sarin membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Dzul Elmy Yunus atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap isterinya yang berusia 40 tahun di pondok pengawal Hap Seng Star Sdn Bhd, Inanam, kira-kira jam 5.30 petang pada 3 Jun tahun ini.

Advertisement
Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama.

Seksyen 323 memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya manakala Seksyen 326A membolehkan hukuman penjara maksimum digandakan jika kesalahan dilakukan terhadap pasangan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Mahkamah diberitahu bahawa tertuduh bertengkar dengan isterinya berhubung pengambilan anak bongsu mereka.

Dalam pertengkaran itu Mohammad mengambil sebatang kaki palet kayu dan menghayunkannya ke arah mangsa sehingga terkena telefon bimbit yang dipegang mangsa serta tangannya menyebabkan kesakitan dan kecederaan.

Advertisement
Siasatan mendapati tertuduh kemudian mengaku memukul isterinya dalam keadaan marah dan turut menyerahkan objek kayu yang digunakan dalam kejadian itu kepada polis ketika ditahan.

Dalam kes berasingan seorang kontraktor berusia 56 tahun diperintahkan diikat jamin berkelakuan baik selama setahun selepas mengaku bersalah mengeluarkan kata-kata menghina terhadap seorang wanita.

Advertisement
Majistret Dzul Elmy memerintahkan Hairudin Katab diikat jamin selama setahun dengan bon RM1,000 serta seorang penjamin mengikut Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah.

Hairudin mengaku bersalah mengeluarkan kata-kata yang bertujuan mengaibkan kehormatan seorang wanita berusia 43 tahun di KCC Electrical Sdn Bhd, Hiong Tiong Industrial Centre, Jalan Tuaran, Inanam kira-kira jam 10 pagi pada 13 Jun 2025.

Dia didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Mahkamah diberitahu mangsa sedang menghadiri mesyuarat berkaitan kerja apabila Hairudin yang tidak berpuas hati dengan perkara yang dibincangkan mengeluarkan kata-kata menghina kehormatan wanita itu di hadapan orang lain sehingga menyebabkan mangsa berasa malu.

Peguam Hairul V Othman yang mewakili Hairudin memohon bon berkelakuan baik atas alasan anak guamnya merupakan pesalah kali pertama serta menghidap beberapa masalah kesihatan.

Beliau turut berhujah bahawa insiden itu berpunca daripada salah faham berkaitan projek dan berlaku secara spontan ketika perbincangan bukannya dirancang.

Pendakwaan dikendalikan oleh Inspektor Mohamad Hamidi Mohamad Hamzah yang memohon hukuman bersesuaian. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here