Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Juliah pimpin Mutiara GRS ziarah tiga pusat kebajikan
Published on: Wednesday, June 10, 2026
Published on: Wed, Jun 10, 2026
Text Size:
Text:
Juliah pimpin Mutiara GRS ziarah tiga pusat kebajikan
JULIAH menyantuni kanak-kanak kurang upaya di Pusat Autisme Sabah dan Taman Didikan Kanak-Kanak Kurang Upaya Sembulan.
Kota Kinabalu: Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag, yang juga Yang Di-Pertua Mutiara GRS, pada Selasa mengetuai Program Ziarah Amal Mutiara GRS ke tiga pusat kebajikan dan komuniti di sekitar ibu negeri sebagai tanda keprihatinan terhadap golongan memerlukan serta individu berkeperluan khas.

Program yang dianjurkan oleh Biro Kebajikan Mutiara GRS itu melibatkan lawatan ke Pusat Autisme Sabah dan Taman Didikan Kanak-Kanak Kurang Upaya di Sembulan, Malaysian Children’s Hospice Kota Kinabalu (MCH KK) di Taman Bunga Raja serta Persatuan Sukarelawan Kanser Sabah (PSKS) di Taman Kingfisher.

Advertisement
Dalam program berkenaan, Juliah menyampaikan sumbangan Mutiara GRS bernilai RM2,000 kepada setiap pusat yang dilawati, selain sumbangan barangan dan peralatan yang ditaja oleh Yayasan Azam Jaya sebagai tanda sokongan terhadap usaha kebajikan dan perkhidmatan yang dilaksanakan oleh institusi terbabit.

Beliau bersama rombongan Mutiara GRS memulakan lawatan di Pusat Autisme

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sabah dan Taman Didikan Kanak-Kanak Kurang Upaya Sembulan sebelum meneruskan kunjungan ke MCH KK yang menyediakan penjagaan dan sokongan

kepada kanak-kanak yang memerlukan rawatan paliatif.

Advertisement
Rombongan kemudian meneruskan program ke PSKS yang selama ini aktif membantu pesakit kanser dan keluarga mereka melalui pelbagai program sokongan serta kemudahan rumah penginapan PSKS.

Juliah berkata, program berkenaan mencerminkan komitmen berterusan Mutiara GRS dalam menyantuni masyarakat tanpa mengira latar belakang, khususnya golongan yang memerlukan sokongan moral dan bantuan kebajikan.

Advertisement
Katanya, selain menyampaikan sumbangan, lawatan tersebut turut memberi peluang kepada ahli-ahli Mutiara GRS untuk mendekati komuniti, memahami cabaran yang dihadapi oleh pengurusan pusat kebajikan serta menyemarakkan budaya kesukarelawanan dan nilai kasih sayang dalam masyarakat.

“Program seperti ini bukan sahaja bertujuan menghulurkan bantuan, tetapi juga menyampaikan mesej bahawa mereka tidak bersendirian dan sentiasa mendapat perhatian serta sokongan daripada masyarakat,” katanya.

Turut hadir mengiringi lawatan tersebut ialah Naib Yang Di-Pertua I merangkap

Pengerusi Biro Kebajikan Mutiara GRS, Datin Seri Linda Ewit; Naib Yang Di-Pertua III merangkap Pengerusi Biro Agama, Datin Lenny Natasha Musa; Setiausaha Kehormat, Datin Dg Siti Noor Hayyat Ag Mohd Saufi; Penolong Setiausaha Kehormat, Datin Sri Asiah Udian; Penolong Bendahari Kehormat, Datin Doren Asiah Azlan @ Philip; Pengerusi Biro Rumah, Datin Noriah Pg Ahmad; Pengerusi Biro Pelita dan Seranta, Datin Ma Siew Tzu @ Rovianie; Pengarah Eksekutif Azam Jaya Group, Datuk Jessica Lo Vun Che serta Ahli Mutiara GRS, Datin Litah Anita Philip.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here