Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi memerintahkan Rosmah Mansor membayar USD14.6 juta kepada syarikat barang kemas Lubnan, Global Royalty Trading SAL, berhubung kehilangan 43 barang kemas pada 2018.
Hakim Quay Chew Soon membenarkan saman yang difailkan oleh syarikat itu terhadap Rosmah, yang menuntut pemulangan semua 43 barang kemas tersebut atau pembayaran nilai anggarannya sebanyak USD14.6 juta.
Berhubung pihak polis yang dinamakan Rosmah sebagai pihak ketiga dalam kes itu, Quay menolak tuntutan beliau untuk mendapatkan indemniti (ganti rugi tanggungan) daripada mereka.
BERITA LANJUT MENYUSUL.