Kota Kinabalu: Azmal Liday dari Sutera Harbour Golf & Country Club telah memenangi Terbuka Kedi Kinabalu Golf Club (KGC) Caddy yang diadakan baru-baru ini.
Skor dua harinya iaitu 158 meletakkannya tempat teratas dengan naib juara menjadi milik Radin Yusof yang mencatat 164, diikuti rapat Mohd Hashim @Manung yang menamatkan saingan pada 165.
Dalam kategori tertutup, Satar Jafar (69), yang dinobatkan sebagai pemain terbaik, merangkul kejuaraan lelaki mengatasi Indra Dawala (71) dan Remy Kahing (71).
Gelaran kakitangan lelaki pula disandang Daniel Donni (78) dan di tempat kedua ialah Azman Ismal (80) dengan Yusog Sulong (80) di tempat ketiga, manakala tiga tempat teratas wanita dimenangi Bugal@Ghayle (71), Wanie (90) dan Donna @ Dudunah (97).
Bagi kategori jemputan, kapten kelab Chau Poh Guan (68) merangkul kejuaraan diikuti Lesley Binidik (70) dan Sabarudin Ismail (70).
Hadiah pemenang disampaikan oleh presiden KGC Datuk Maureen Lind, Chua Poh Guan dan pengerusi penganjur Donnie Intung.