Tue, 9 Jun 2026
Headlines:
Kilang ais haram: Aset RM21 juta dirampas
Published on: Sunday, June 07, 2026
Published on: Sun, Jun 07, 2026
By: Amir Anuar
Text Size:
Text:
Kilang ais haram: Aset RM21 juta dirampas
Gambar untuk tujuan ilustrasi
TAWAU: Pihak berkuasa merampas aset dan peralatan sebuah kilang pengeluaran ais blok yang dianggarkan bernilai RM21 juta selepas disyaki beroperasi secara haram, dalam operasi bersepadu di Batu 3 Jalan Apas, di sini, pada Sabtu.

Operasi itu diketuai Pegawai Risik Cawangan Risik Batalion 14 Pasukan Gerakan Am (PGA) Tawau ASP Mohd Rafail Rabbahil dengan kekuatan sembilan anggota Task Force Cawangan Risik PGA Tawau.

Advertisement
Turut terlibat Pegawai Kesihatan Persekitaran Tawau Mohd Rafi Osman bersama lima pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) Tawau serta Pegawai Pengiklanan Majlis Perbandaran Tawau (MPT) yang mewakili pihak berkuasa tempatan (PBT).

Menurut kenyataan PGA, rampasan membabitkan aset dan peralatan yang digunakan di premis berkenaan untuk aktiviti pengeluaran ais blok yang dipercayai dijalankan tanpa kelulusan dan lesen diperlukan daripada pihak berkuasa berkaitan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Hasil serbuan dan pemeriksaan yang dijalankan membawa kepada penahanan seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun yang dipercayai bertindak sebagai pengurus kilang berkenaan.

Antara yang dirampas ialah sebuah peti sejuk jenis chiller yang mengandungi sejumlah ais blok yang dipercayai dihasilkan untuk dijual bagi memenuhi permintaan pasaran di sekitar Tawau dan Semporna.

Advertisement
Pihak berkuasa turut merampas dua mesin penghasilan ais blok, sebuah mesin penghancur ais, dua menara penyejuk serta tangki simpanan air yang disyaki digunakan dalam proses pengeluaran ais blok.

Tindakan lanjut diambil selepas pengusaha gagal mengemukakan sebarang lesen atau kelulusan bagi menjalankan operasi penghasilan dan penjualan ais blok.

Advertisement
Keadaan itu menimbulkan keraguan terhadap status operasi kilang terbabit walaupun premis berkenaan didapati mempunyai lesen perniagaan sah yang dikeluarkan PBT serta Lesen Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan yang masih berkuat kuasa.

Pemeriksaan lanjut turut mendapati premis berkenaan gagal mempamerkan papan tanda perniagaan seperti yang dikehendaki di bawah peruntukan undang-undang PBT.

Sementara itu, KKM Tawau membuka siasatan mengikut Peraturan 394A(4) Peraturan-Peraturan Makanan 1985, selain mengeluarkan kompaun RM2,500 dan mengarahkan sitaan terhadap operasi kilang serta peralatan berkaitan.

MPT pula mengeluarkan notis amaran pertama kepada pemilik premis selepas didapati gagal mempamerkan papan tanda perniagaan seperti yang diperuntukkan di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan (Iklan) MPT 1968.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here