Fri, 29 May 2026
Headlines:
Ayam sejuk beku RM2.43 juta dirampas
Published on: Wednesday, May 27, 2026
Published on: Wed, May 27, 2026
By: Stefyanie Myla Micheal
Text Size:
Text:
Ayam sejuk beku RM2.43 juta dirampas
SHUHAILY (empat dari kiri) menunjukkan produk ayam sejuk beku yang dirampas.
Kota Kinabalu: Pihak berkuasa membongkar sindiket pengisytiharan palsu berskala besar dan merampas produk ayam sejuk beku bernilai RM2.43 juta di Pelabuhan Sepanggar.

Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata pemeriksaan pada Khamis (21 Mei) mendapati satu konsainan dalam 14 kontena dengan jumlah berat 404.2 tan diisytiharkan sebagai kentang dan kacang peas.

Advertisement
“Penghantaran itu dipercayai berasal dari China dan Hong Kong. Barangan yang dibawa masuk menggunakan dokumen Kastam palsu itu juga telah dibungkus dan sedia untuk dijual di pasaran tempatan,” katanya pada sidang media di Pelabuhan Sepanggar, Selasa.

Shuhaily berkata operasi itu bermula pada 19 Mei dengan kerjasama Kastam, Kementerian Kesihatan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah (DVS) dan pihak berkuasa pelabuhan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 133(1)(a) Akta Kastam 1967 kerana membuat sijil atau dokumen palsu yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM500,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Shuhaily berkata AKPS turut mengenal pasti 12 lagi kontena disyaki menggunakan modus operandi sama membabitkan 348 tan ayam sejuk beku bernilai RM3.42 juta.

Advertisement
“Kontena berkenaan kini di bawah pemantauan dan tindakan penguatkuasaan,” katanya. 

Beliau menegaskan AKPS akan terus bekerjasama rapat dengan Kastam, Kementerian Kesihatan dan pihak berkuasa pelabuhan untuk membanteras kegiatan penyeludupan menggunakan pengisytiharan palsu serta memperkukuh kawalan sempadan demi menjaga keselamatan negara.

Advertisement
“AKPS memandang serius sebarang cubaan membawa masuk barangan secara haram melalui pengisytiharan palsu atau pelanggaran peraturan di pintu masuk negara.

Penguatkuasaan dan pemeriksaan akan terus dipertingkat melalui kerjasama bersepadu dengan agensi berkaitan bagi memastikan keselamatan sempadan dan pematuhan undang-undang,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here