Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
MCMC arah tambah baik segera liputan selular Kampung Tinagat
Published on: Tuesday, June 09, 2026
Published on: Tue, Jun 09, 2026
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
MCMC arah tambah baik segera liputan selular Kampung Tinagat
TAWAU: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mendapati dua daripada tiga lokasi ujian Wireless Broadband Access Service (WBAS) di Kampungg Tinagat tidak memenuhi standard mandatori yang ditetapkan. 

Menurut kenyataan MCMC dapatan itu diperoleh hasil lawatan ke lokasi tersebut bagi menjalankan sesi pengujian kualiti liputan dan prestasi perkhidmatan komunikasi di tiga lokasi yang dikenal pasti di kawasan berkenaan. 

Advertisement
Ujian dijalankan bagi menilai tahap perkhidmatan yang diterima oleh pengguna, susulan aduan diterima daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Apas Datuk Nizam Abu Bakar Titingan serta penduduk setempat berhubung kualiti perkhidmatan selular yang tidak memuaskan di kawasan berkenaan.

Lawatan turut disertai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Tinagat. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kenyataan tersebut menyatakan bahawa dapatan pengujian sudah dimaklumkan kepada penyedia perkhidmatan yang terlibat pada 29 Mei lalu untuk tindakan lanjut.

“Penyedia perkhidmatan yang berkenaan diberikan tempoh tujuh hari bekerja untuk mengemukakan maklum balas serta pelan tindakan berhubung dapatan ujian tersebut.

Advertisement
“Notis di bawah Seksyen 51(2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 akan dikeluarkan kepada mana-mana penyedia perkhidmatan yang gagal mengemukakan maklum balas dalam tempoh ditetapkan,” katanya. 

Sementara itu dalam usaha memastikan penambahbaikan dapat dilaksanakan dengan segera MCMC telah mengarahkan penyedia perkhidmatan yang terlibat untuk mengambil tindakan sewajarnya di kawasan terjejas. 

Advertisement
Menurutnya CelcomDigi diarahkan untuk melaksanakan langkah-langkah penambahbaikan liputan rangkaian serta mengemukakan pelan tindakan jangka pendek dan jangka panjang manakala Maxis telah diarahkan untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di tapak menara telekomunikasi Kampung Tinagat.

Selain itu MCMC akan terus memantau pelaksanaan tindakan penambahbaikan oleh penyedia perkhidmatan bagi memastikan isu yang dibangkitkan dapat ditangani dengan berkesan serta memastikan penduduk setempat menikmati perkhidmatan komunikasi yang lebih berkualiti.

Terdahulu Nizam sebelum ini menyatakan gangguan talian telefon dan internet di kawasan Batu Payung dan Tinagat masih berlarutan serta menjejaskan hampir 10,000 penduduk, walaupun menara telekomunikasi dibina sejak beberapa tahun lalu.

caption: PASUKAN MCMC menjalankan pengujian kualiti liputan di Kampung Tinagat.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here