Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
Pejalan kaki maut, polis kesan pemandu 
Published on: Sunday, May 24, 2026
Published on: Sun, May 24, 2026
By: R Gonzales
Text Size:
Text:
Pejalan kaki maut, polis kesan pemandu 
Kota Kinabalu: Polis sedang mengesan pemandu sebuah Toyota Hilux berwarna hitam yang dipercayai terlibat dalam kemalangan maut membabitkan seorang pejalan kaki di Jalan Sepanggar berhampiran Kampung Sepakat Jaya, pada Jumaat.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Supt Syed Lot Syed Ab Rahman berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 4.25 petang ketika mangsa lelaki berusia 69 tahun melintas jalan dari arah kanan ke kiri menuju ke kawasan Indah Permai.

Advertisement
“Mangsa dipercayai dilanggar sebuah Toyota Hilux hitam yang sedang bergerak di lorong kiri jalan sebelum tercampak ke bahu jalan,” katanya dalam kenyataan Sabtu.

Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian pada jam 4.56 petang oleh pegawai perubatan Hospital Likas.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menurutnya, pemandu kenderaan terbabit dipercayai meninggalkan lokasi selepas kemalangan berlaku.

Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth I untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Advertisement
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Insp Brymenedren Godon di talian 010-7768802 atau hadir ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here