Wed, 27 May 2026
Headlines:
Polis tahan lelaki disyaki terbabit pecah rumah, curi
Published on: Sunday, May 24, 2026
Published on: Sun, May 24, 2026
By: Clarence Dol
Text Size:
Text:
Polis tahan lelaki disyaki terbabit pecah rumah, curi
Hasil siasatan lanjut sepasukan polis berjaya menahan suspek yang kini disiasat mengikut Seksyen 323/506 dan Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
RANAU: Polis menahan seorang lelaki berusia 35 tahun bagi membantu siasatan berhubung kejadian pecah rumah dan curi yang berlaku di Kampung Mindahuon Lama, Ranau pada 20 April 2026 lalu.

Suspek ditahan pada 22 Mei 2026 di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Matupang.

Advertisement
Kejadian itu dilaporkan pada 13 Mei 2026 oleh seorang lelaki berusia 50 tahun dari Kampung Mindahuon Baru selepas mendapati rumah miliknya yang tidak berpenghuni di Kampung Mindahuon Lama telah dipecah masuk dengan keadaan pintu rosak.

Mangsa melaporkan wang tunai kira-kira RM1,000 serta dua lampu buah solar telah dicuri.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Hasil siasatan lanjut sepasukan polis berjaya menahan suspek yang kini disiasat mengikut Seksyen 323/506 dan Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Perintah reman selama tujuh hari terhadap suspek turut diperoleh bermula 23 hingga 29 Mei 2026 bagi membantu siasatan lanjut termasuk merakam percakapan serta mengumpul maklumat berhubung kemungkinan penglibatannya dalam kes lain.

Advertisement
Dalam kes berasingan seorang lelaki berusia 46 tahun turut ditahan pada 21 Mei 2026 kerana disyaki memiliki dadah berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Lohan.

Penahanan dibuat kira-kira jam 1 tengah hari oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) IPD Ranau.

Advertisement
Suspek dihampiri anggota polis yang memperkenalkan diri serta menunjukkan kad kuasa polis sebelum bertanyakan sama ada dia membawa barangan menyalahi undang-undang. Suspek kemudiannya menyerahkan sebuah bekas aluminium bertulis “eclipse”.

Pemeriksaan mendapati bekas itu mengandungi satu paket plastik lutsinar berisi kira-kira 0.06 gram syabu serta sekeping kerajang aluminium.

Kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Perintah reman selama empat hari terhadap suspek juga diperoleh bermula 22 hingga 25 Mei 2026 bagi membolehkan analisis kimia dijalankan ke atas barang rampasan, selain merakam percakapan, mengambil cap jari dan mengumpul risikan berkaitan kemungkinan penglibatan rakan sejenayah lain. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here