Sat, 6 Jun 2026
Headlines:
Gaduh di KDCA: Polis rakam keterangan beberapa individu
Published on: Thursday, June 04, 2026
Published on: Thu, Jun 04, 2026
By: Sherell Jeffrey
Text Size:
Text:
Gaduh di KDCA: Polis rakam keterangan beberapa individu
Kota Kinabalu: Beberapa individu dipanggil untuk dirakam keterangan susulan insiden pergaduhan di perkarangan Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA), ketika sambutan Kaamatan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Penampang DSP Erwansyah Abdul Basir berkata siasatan awal mendapati pergaduhan itu berpunca daripada salah faham antara beberapa individu.

Advertisement
“Pergaduhan itu tidak melibatkan penggunaan sebarang senjata dan berjaya dileraikan oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian,” katanya.

Beliau berkata polis sedang mengenal pasti semua pihak yang terlibat serta mengesan saksi kejadian. Rakaman video insiden yang tular di media sosial turut diteliti bagi membantu siasatan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Erwansyah mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan berhubung insiden itu kerana tindakan sedemikian boleh menjejaskan siasatan serta mengganggu ketenteraman awam.

Beliau turut menggesa sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya tampil menyalurkannya kepada balai polis berhampiran.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here