Sat, 30 May 2026
Headlines:
UMS perluas potensi sagu
Published on: Thursday, May 28, 2026
Published on: Thu, May 28, 2026
By: Stefyanie Myla Micheal
Text Size:
Text:
UMS perluas potensi sagu
SESI bergambar bersama peserta dan AJK yang terlibat.
KUALA PENYU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) menggunakan pendekatan psikologi dan STEM untuk mengubah persepsi golongan belia terhadap sagu menjadikan makanan ruji tradisional itu sebagai makanan masa depan.

Usaha tersebut dilaksanakan menerusi program ‘Sikap terhadap Makanan Tradisional Sagu sebagai Makanan Masa Depan menerusi Pendekatan Psikologi dan STEM’ yang dianjurkan oleh Fakulti Psikologi dan Kerja Sosial (FPKS).

Advertisement
Program berkenaan disokong Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KPSTI), U-Science UMS, Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Akademik (PPKA) UMS, Belia KBK St Peter Bundu Kuala Penyu serta Native Borneo.

Berlangsung di Pusat Informasi Rumbia program itu merupakan sebahagian daripada inisiatif Service-Learning Malaysia-University for Society (Sulam) di bawah kursus PB30803 (Sikap dan Perubahan Sikap).

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Bertemakan “Inovasi Sagu: Bukan Sekadar Makanan Tradisi” program berkenaan melibatkan penyertaan 29 belia daripada Kerasulan Belia Katolik (KBK) St Peter Bundu, Kuala Penyu, selain 30 pelajar FPKS UMS yang berperanan sebagai jawatankuasa pelaksana.

Penyelaras program Profesor Madya Dr Getrude Cosmas berkata sagu mempunyai potensi besar bukan sahaja sebagai warisan makanan tradisional, malah sebagai sumber makanan alternatif yang mampu menyumbang kepada kelestarian makanan pada masa hadapan.

Advertisement
“Pendedahan golongan belia kepada nilai budaya, ekonomi dan inovasi berasaskan sagu penting bagi memastikan makanan tradisional ini terus relevan dalam kalangan generasi muda.

“Golongan belia perlu melihat sagu bukan sekadar sebagai makanan tradisi tetapi sebagai sumber yang mempunyai potensi untuk diinovasikan serta dimanfaatkan dalam pelbagai bentuk produk bernilai tambah,” katanya.

Advertisement
Tambah Getrude penganjuran program tersebut mencerminkan komitmen berterusan UMS dalam memperkasakan pemeliharaan warisan budaya tempatan menerusi pendekatan pendidikan, inovasi dan pemindahan ilmu kepada masyarakat selaras dengan agenda pembangunan komuniti dan kelestarian warisan negeri Sabah.

Antara pengisian utama program ialah tayangan video Rumbia Tatana yang memaparkan legenda pokok rumbia, proses penghasilan sagu serta pelbagai produk yang boleh dihasilkan daripada sumber tersebut.

 Kemuncak program menyaksikan enam kumpulan peserta menghasilkan mi dan keropok berasaskan tepung sagu menerusi pertandingan inovasi makanan yang memberi penekanan kepada aspek kreativiti, rasa dan persembahan produk.

“Aktiviti ini memberi peluang kepada peserta mengaplikasikan elemen STEM secara praktikal dalam pembangunan produk makanan berasaskan sumber tempatan,” ujar beliau.

Getrude menambah peserta juga diberi ruang untuk berkongsi pengalaman dan refleksi sepanjang program termasuk cadangan agar program seumpama itu diperluaskan ke sekolah-sekolah bagi meningkatkan kesedaran generasi muda terhadap kepentingan memelihara warisan makanan tradisional.

Program turut diserikan dengan sesi perkongsian oleh Miss Native Borneo 2025 Christine Joan Charles yang membincangkan peranan belia dalam mempromosikan makanan tradisional Borneo kepada masyarakat lebih luas.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here