Mon, 18 May 2026
Headlines:
Produk Sabah catat potensi jualan antarabangsa RM95.9 juta
Published on: Sunday, May 17, 2026
Published on: Sun, May 17, 2026
Text Size:
Text:
Produk Sabah catat potensi jualan antarabangsa RM95.9 juta
HAJIJI bersama Armizan menunjukkan tanda bagus kepada produk tempatan di salah satu gerai semasa program.
Kota Kinabalu: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata Sabah merekodkan potensi jualan antarabangsa sebanyak RM95.9 juta tahun lalu hasil penyertaan 124 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam 18 ekspo perdagangan di luar negara.

Beliau berkata, jumlah itu meningkat 37.12 peratus berbanding RM60.4 juta yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.

Advertisement
“Prestasi ini membuktikan produk buatan Sabah mempunyai kualiti dan potensi besar untuk bersaing di pasaran global,” katanya pada Program Inspirasi Beli Barangan Malaysia yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), pada Sabtu.

Hajiji berkata, kerajaan negeri merancang meneruskan momentum itu pada 2026 dengan menyertai ekspo perdagangan utama di Singapore, Thailand, South Korea, Japan dan France.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Katanya, penyertaan luar negara itu bertujuan membuka saluran pasaran baharu selain meningkatkan profil produk tempatan di peringkat antarabangsa.

Beliau berkata, Kementerian Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah telah membantu 5,879 usahawan tempatan menerusi pelbagai program setakat 2025, termasuk bantuan mesin dan peralatan perniagaan bagi meningkatkan produktiviti serta kapasiti operasi.

Advertisement
Walaupun mencatat perkembangan positif, Hajiji mengakui ramai usahawan Sabah masih berskala kecil dan belum memanfaatkan sepenuhnya peluang yang tersedia.

“Ada produk yang sangat baik tetapi belum dipasarkan secara agresif. Ada yang berkualiti tinggi tetapi masih lemah dari segi penjenamaan dan pembungkusan. Ada juga yang berpotensi besar tetapi belum berani menembusi pasaran luar,” katanya sambil menggesa usahawan mengekalkan kualiti produk serta pembungkusan yang mematuhi piawaian antarabangsa.

Advertisement
Beliau turut menyifatkan sektor pelancongan Sabah sebagai saluran yang masih belum dimanfaatkan sepenuhnya bagi memasarkan produk tempatan, dengan negeri itu merekodkan 10.67 juta ketibaan pelancong dan perbelanjaan pelancongan RM23.42 bilion bagi tempoh 2021 hingga 2025.

Hajiji menggesa usahawan memanfaatkan kempen Visit Malaysia Year 2026 untuk memasarkan produk kepada pelancong.

Di peringkat nasional, katanya, Kempen Beli Barangan Malaysia mencatat jualan RM7.4 bilion pada 2024 berbanding RM6.5 bilion pada 2023 dan RM2.7 bilion pada 2022.

Sektor perdagangan runcit dan borong negara juga berkembang apabila nilai jualan mencecah RM1.87 trilion pada 2025 berbanding RM1.766 trilion tahun sebelumnya.

Hajiji berkata, angka itu mencerminkan keyakinan pengguna yang semakin meningkat dan menggesa usahawan Sabah menggunakan platform seperti Kempen Beli Barangan Malaysia bukan sahaja untuk menjual, malah membina rangkaian serta kerjasama dengan usahawan di Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

“Jika kita mahu pergi lebih jauh, kita mesti berani berubah, berani belajar dan berani meneroka peluang baharu,” katanya.

Turut hadir, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here