Wed, 20 May 2026
Headlines:
Potensi besar pertanian bagi generasi muda
Published on: Tuesday, May 19, 2026
Published on: Tue, May 19, 2026
By: Ethan Ryan
Text Size:
Text:
Potensi besar pertanian bagi generasi muda
JAMAWI (duduk) bersama pelatih pusat giatmara Tenom.
Tenom: Sektor pertanian kini bukan lagi dianggap sebagai pekerjaan tradisional sebaliknya berpotensi menjadi kerjaya moden dan berdaya maju khususnya dalam kalangan generasi muda di kawasan pedalaman.

Perkara itu dibuktikan menerusi penyertaan seramai 160 belia dalam Program Perpaduan Sosial anjuran Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif yang berlangsung selama tiga hari dua malam di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Entabuan.

Advertisement
Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Datuk Jamawi Jaafar berkata program berkenaan memberi fokus kepada pembangunan kemahiran belia melalui latihan pertanian, penggunaan teknologi moden serta pendedahan terhadap peluang kerjaya dalam industri agro makanan.

Menurut beliau kelainan program kali ini ialah penekanan terhadap aktiviti pertanian moden termasuk penggunaan dron dalam sektor pertanian selain latihan penghasilan kopi berkualiti tinggi menerusi kerjasama bersama Giatmara Tenom dan Pusat Latihan Pertanian.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Program ini memberi pendedahan kepada golongan muda mengenai peluang kerjaya serta latihan dalam bidang pertanian agar mereka melihat sektor ini sebagai industri masa depan yang mampu menjana pendapatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program berkenaan di SMK Entabuan, Tenom.

Advertisement
Tambahnya usaha berterusan seperti itu penting bagi membuka lebih banyak peluang kepada golongan muda untuk menceburi bidang pertanian moden sekali gus memperkukuh ekonomi komuniti luar bandar.

Sementara itu para pelajar yang menyertai program berkenaan turut teruja kerana berpeluang mengenali lebih dekat teknologi baharu dan kaedah moden dalam sektor pertanian.

Advertisement
Pelajar SMK Entabuan Ewean Lawrence berkata program itu memberi banyak pengetahuan baharu khususnya berkaitan pertanian dan pengurusan kewangan.

Seorang lagi pelajar Rowen Joey Albert berkata mereka biasanya lebih tertumpu kepada pembelajaran akademik di sekolah namun program itu membuka peluang untuk mempelajari bidang pertanian secara lebih praktikal dan menarik.

Katanya pengalaman mengikuti aktiviti berkenaan memberi pendedahan baharu kepada pelajar mengenai potensi besar sektor pertanian sebagai kerjaya masa depan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here