Mon, 1 Jun 2026
Headlines:
Sugandoi mampu jadi platform bertaraf dunia
Published on: Friday, May 29, 2026
Published on: Fri, May 29, 2026
By: Jinni Juanis
Text Size:
Text:
Sugandoi mampu jadi platform bertaraf dunia
JUlFEKAR berpendapat Sugandoi mampu menjadi salah satu daya tarikan pelancong ke Sabah.
KOMPOSER terkenal Julfekar Ahmad Shah berharap pertandingan Sugandoi Kaamatan dapat berkembang menjadi platform budaya yang lebih besar bertaraf dunia bukan hanya berakhir di peringkat negeri.

Julfekar berkata Sugandoi bukan sekadar pertandingan nyanyian tetapi merupakan lambang identiti, bahasa, seni, adat dan jiwa masyarakat Sabah yang unik serta sarat dengan nilai sejarah. 

Advertisement
“Dalam dunia moden yang mengalami perubahan pantas, budaya sebegini mesti dipelihara, diperkasakan dan diwariskan kepada generasi muda agar tidak hilang ditelan zaman. 

“Jika diurus dengan pendekatan profesional, kreatif dan konsisten Sugandoi mampu menjadi produk seni budaya dan pelancongan terbesar Sabah. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Pelancong bukan sahaja datang untuk Gunung Kinabalu dan menikmati alam semula jadi tetapi mampu merasai muzik etnik, bahasa tradisional, pakaian budaya, persembahan seni dan semangat perpaduan masyarakat Sabah,” katanya.

Mesra disapa Bro Jul, suami kepada penyanyi Min Yasmin itu menyatakan beliau terpanggil untuk memberi pandangan mengenai kekuatan Sugandoi yang dianggapnya sebagai mempunya identiti budayanya yang kuat, asli dan berjiwa. 

Advertisement
Bagaimanapun katanya cabaran kini adalah semua pihak perlu menjaga kualiti, profesionalisme dan relevansinya supaya pertandingan nyanyian yang paling mendapat perhatian di Sabah ini terus dihormati generasi kini dan akan datang. 

Beliau juga mengaku perbezaan etnik bukan penghalang untuk saling menghormati dan menyokong budaya. 

Advertisement
“Apabila budaya Sabah diangkat, seluruh rakyat Sabah turut merasa bangga. Namun dalam era hiburan moden, penonton semakin kritikal, peserta semakin berkualiti dan industri muzik berkembang pantas.

“Untuk terus relevan Sugandoi perlu berani berubah tanpa mengorbankan identiti budaya asal,” katanya turut berbangga Sabah mempunyai gelanggang penting dan sebesar Sugandoi.

Walaupun bukan berasal daripada etnik Kadazan, Dusun, Murut dan Rungus (KDMR) Julfekar menzahirkan penghormatan dan kekaguman terhadap kekayaan budaya KDMR yang menjadi warisan paling bernilai di Sabah. 

Oleh itu beliau berpendapat Sugandoi tidak boleh terus bergantung kepada nostalgia semata-mata jika mahu kekal relevan untuk 10 hingga 20 tahun akan datang.

“Sugandoi perlu berkembang daripada sekadar pertandingan tahunan kepada sebuah platform pembangunan bakat, budaya dan industri kreatif Sabah. 

“Budaya mesti terus dipelihara tetapi cara penyampaian dan pengurusannya juga perlu bergerak seiring dengan perubahan zaman,” katanya.

Terdahulu Julfekar antara tokoh kreatif paling prolifik dalam industri muzik arus perdana Malaysia. 

Antara karya besarnya sebagai pengarah muzik bagi filem terkenal Laila Isabella, Berlari Ke Langit dan Cinta Luar Biasa.

Kepakaran beliau juga luas sebagai komposer, penerbit rakaman, penggubah muzik dan penulis muzik latar yang sudah meraih pelbagai anugerah sepanjang beberapa dekad dalam industri ini.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here